1.Berkata-kata dengan sengaja.
Berkata-kata dengan sengaja yang selain daripada al-quran, zikir atau doa .
2.Menambah atau mengurangkan perbuatan rukun solat.
Membuat beberapa perbuatan yang pada urufnya (adatnya) tidak disuruh melakukannya dalam solat.
3.Kedatangan hadas.
Sama ada hadas kecil atau hadas besar.
4.Najis yang tidak dapat dimaafkan.
Kedatangan najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan dan pakaian.
Sekiranya jatuh najis yang kering pada pakaian dan boleh dibuang pada masa itu juga, maka tidaklah batal solat.
Tetapi najis itu tidak boleh disentuh dengan tangan.
5.Terbuka aurat.
Terbuka aurat walaupun tidak dengan sengaja seperti ditiup angin tetapi sekiranya boleh ditutup sekejap itu juga, maka tidaklah terbatal.
6.Membelakangkan kiblat dengan dadanya.
7.Mengubah niat.
Umpamanya ia solat fardu zohor kemudian ditukar niatnya kepada solat sunat zohor maka batal solatnya.
8.Makan walaupun sedikit
Seperti menelan sebiji nasi di dalam mulutnya kecuali dia terlupa.
9.Minum
Seperti menelan air liur yang masih lagi terasa manisnya.
10.Mengeluarkan suara selain bacaan dalam solat.
Seperti ketawa sehingga terkeluar suara yang mengandungi dua huruf, begitu juga menangis.
11.Murtad iaitu keluar daripada agama Islam