PERMOHONAN KEMASUKAN SESI 2025
Adakah murid-murid sekolah ini boleh mendaftar di sekolah-sekolah kerajaan setelah selesai tahun 6?
Jawapan
Ya, boleh, kerana murid-murid di sini akan mempelajari semua mata pelajaran asas yang dipelajari di sekolah-sekolah kerajaan yang lain.
Soalan 2:
Ke sekolah manakah murid-murid sekolah ini akan menyambung pelajaran selepas menamatkan tahun 6?
Jawapan
Murid-murid boleh menyambung pelajaran ke mana-mana sekolah-sekolah rangkaian Musleh, sekolah kerajaan, dan sekolah-sekolah swasta lain bergantung pada prestasi mereka dalam pentaksiran berasaskan sekolah dan syarat-syarat kelulusan yang dikehendaki sekolah-sekolah berkenaan..
Kemasukan ke sekolah berasrama penuh di bawah Jabatan Agama Islam Selangor bergantung kepada sama ada murid mengambil peperiksaan/pentaksiran yang dibuat oleh JAIS atau tidak. Berkenaan ini sila rujuk soalan 22.
Bagaimana pelajaran Al-Quran dilaksanakan ?
Jawapan:
Murid-murid akan menjalani kelas al quran mengikut tahap masing-masing setelah diuji.
Adakah pengangkutan disediakan ?
Jawapan :
Sila klik di sini.
Apakah warna pakaian, kasut dan stokin murid?
Jawapan:
Sila klik di sini untuk pakaian.
Sila klik di sini untuk buku.
Berapa kalikah makanan disediakan pada kebiasaannya ?
Jawapan:
Makanan disediakan 2 kali sehari iaitu pada 10:00 pagi ( rehat 1 ) dan 1:00 tengahari (rehat 2) ( 2017&2018 )
Untuk tahun 2019, tahap 1 akan rehat 1 pada pukul 10:00 pagi dan tahap 2 akan rehat 1 pada 10:30 pagi.
Untuk rehat 1, murid-murid dikehendaki membawa wang belanja sendiri mulai tahun 2019. Murid-murid akan membuat pembelian sendiri dari kantin sekolah.
Rehat tengahari (rehat 2) bagi tahap 1 adalah pada pukul 1:00 tengahari dan rehat 2 bagi tahap 2 adalah pada pukul 1:30 tengahari.
Makanan tengahari dihidangkan dan termasuk dalam bayaran yuran.
Berapa buah kelas yang ada pada tahun 2023/2024?
Jawapan:
Tahun 1 - 2 kelas
Tahun 2 - 2 Kelas
Tahun 3 - 1 Kelas
Tahun 4 - 2 Kelas
Tahun 5 - 1 Kelas
Tahun 6 - 1 Kelas
Berapa orang murid dalam sebuah kelas pada tahun 2023/2024 ?
Jawapan:
20 - 30 orang murid bergantung pada saiz kelas.
Bolehkah murid yang tiada asas Bahasa Arab dan Tulisan Jawi memohon untuk masuk ke SRI Hira Rawang?
Jawapan:
Pihak kami tidak mengambil murid-murid tahun 2 hingga 6 yang tidak pernah berada dalam aliran Bahasa arab dan tidak pernah mempelajari Tulisan jawi ( melainkan dengan kesanggupan ibu bapa dan murid memberi komitmen yang tinggi secara tetap dan teratur mengikuti kelas tambahan yang diatur sendiri. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab mengurus hal ini ). Bagi tahun 1,
Bagaimanakah struktur jadual sekolah?
Jawapan:
Sila klik di sini.
Berapakah jumlah bayaran awal murid baru 2023/2024?
Jawapan:
Adakah pihak sekolah menyediakan pra-sekolah?
Jawapan:
Belum ada sebarang perancangan.
Adakah pihak sekolah menyediakan khidmat penjagaan selepas sekolah ?
Jawapan:
Tidak
Adakah pihak sekolah ada menyediakan program renang ?
Jawapan:
Tidak buat masa terdekat.
Soalan 15:
Adakah pihak sekolah akan melaksanakan program suntikan seperti di sekolah biasa ?
Jawapan:
Ya, pihak sekolah akan menguruskan suntikan bagi murid-murid tahun 1 tetapi tiada paksaan jika ibubapa tidak membenarkan anak-anak mereka disuntik seperti contohnya para pengamal perubatan homeopati.
Adakah sekolah ini berasrama ?
Jawapan:
Sekolah ini bersifat harian dan tidak berasrama.
Bagaimanakah sekolah menentukan waktu cuti ?
Jawapan:
Pada dasarnya sekolah akan bercuti mengikut taqwim persekolahan yang ditentukan oleh KPM. Namun, Jika ada sebarang keperluan untuk bercuti, pihak sekolah akan memaklumkan secara bertulis dan melalui website. Sila rujuk taqwim sekolah di pautan dibawah.
Apakah aktiviti kokurikulum yang disediakan di sekolah ini?
Jawapan:
Pihak sekolah mewajibkan semua murid tahun 4 hingga tahun 6 menyertai Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM).
TKRSM adalah aktiviti kokurikulum yang selaras dengan TKRS di sekolah-sekolah kementerian dan di iktiraf oleh Kementerian Pendidikan. TKRSM melaksanakan semua bahan dalam silibus TKRS dan ditambahbaik dengan nilai-nilai Islam seperti pakaian labuh yang menepati syari'at. Sekolah-sekolah Ikram-Musleh menggunapakai buku panduan yang dihasilkan sendiri oleh Ikram-Musleh dan diterbitkan oleh Al Amin Serve Sdn Bhd.
Pada tahun ke dua operasi iaitu tahun 2018, pihak sekolah telah menubuhkan 3 kelab :-
1) Kelab MyCare
2) Kelab BaSeD ( Basic Self Defense )
3) Kelab Sukan
Apakah aktiviti-aktiviti lain yang diadakan di sekolah ini?
Jawapan:
Bacaan do'a al ma'tsurat di sebelah pagi sebelum kelas ( 7:30-7:55 pagi Isnin - Khamis ) dengan bimbingan.
Bacaan Surah Al Kahfi pagi Jumaat ( 7:30-7:55 pagi Jumaat ) dengan bimbingan - diutamakan ayat 1-10 pada peringkat awal.
Bagi tahap 2 ( tahun 4, 5 dan 6, sukan memanah, ping-pong, badminton, catur di sediakan )
Nasyid dengan percussion
Bolehkan kanak-kanak yang bukan warganegara memohon untuk masuk ke sekolah ini ?
Jawapan:
Pihak sekolah TIDAK menerima permohonan dari bukan warganegara.
Apakah peperiksaan yang akan dilalui disekolah ini?
Jawapan:
Syahadah Pentaksiran Pelajar Ikram Musleh (SPPIM) pada tahun 6 (2019) dan pada tahun 5 mulai tahun 2020.
Peperiksaan UPKK (tahun 5 ) dan Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) adalah TIDAK DIWAJIBKAN kepada murid-murid sekolah ini. Ini adalah berikutan perkara di bawah :-
Mengelakkan penekanan yang keterlaluan kepada peperiksaan yang menyebabkan murid tertekan dan tidak dapat menjalani kehidupan yang sebenarnya yang sesuai bagi tahap umur mereka. Faktor pembetukan peribadi yang soleh dan musleh atau kemenjadian sifat peribadi muslim adalah lebih diutamakan.
Quota penerimaan dari sekolah-sekolah swasta ke sekolah-sekolah berasrama penuh JAIS adalah sangat kecil iaitu hanya 6% sahaja dari kalangan murid yang mendapat keputusan cemerlang ( mumtaz ).
Ibubapa yang berhasrat agar anak mereka mengambil peperiksaan UPKK dan PSRA perlu membuat permohonan agar pihak sekolah dapat membantu membuat proses pendaftaran dan HANYA pendaftaran sahaja. Proses pembelajaran yang berkaitan peperiksaan tersebut tidak akan diuruskan oleh pihak sekolah.
Bagaimanakah status murid yang telah berpindah dari sekolah ini ke sekolah luar? Adakah mereka boleh diterima semula jika memohon semula?
Jawapan:
Pada dasarnya mereka tidak akan diterima semula melainkan sebab berpindah adalah kerana perpindahan ibubapa ke kawasan lain dan kemudian kembali semula ke kawasan ini atau sebab-sebab yang difikirkan layak untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan sekolah dan ahli lembaga . Ini adalah bagi mengelakkan masalah mendaftar "hanya untuk mencuba-cuba sahaja". Pendidikan adalah perkara yang serius dan perlu diambil serius oleh ibubapa dan murid tidak boleh dijadikan bahan ujikaji tanpa satu sebab yang wajar.