PERMOHONAN MENJALANKAN AKTIVITI PELAJAR
PERMOHONAN MENJALANKAN AKTIVITI PELAJAR
PEMAKLUMAN :
Semua permohonan aktiviti pelajar dan pengurusan persatuan pelajar Universiti Teknologi MARA adalah secara dalam talian melalui platform sistem MyHEP berkuatkuasa pada 1 Februari 2025 berdasarkan Pekeliling Timbalan Naib Canselor Jabatan Hal Ehwal Pelajar Bilangan 3 Tahun 2025 - Pengurusan Permohonan Aktiviti Pelajar dan Pengurusan Persatuan Pelajar Universiti Secara Dalam Talian Melalui Platform Sistem MyHEP di pautan https://myhep.uitm.edu.my/
PEMAKLUMAN bagi Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA):
Kertas kerja dan Borang C (Pindaan 2023) boleh didapati di bawah.
Nota :
Dokumen permohonan aktiviti pelajar yang dihantar lewat selepas tarikh penghantaran dokumen yang telah ditetapkan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Pelajar (JKHEP) yang seterusnya.
Penghantaran Borang Pemohonan :
Permohonan aktiviti pelajar yang telah lengkap diisi dan dihantar di dalam sistem MyHEP tidak perlu dicetak/dihantar secara hardcopy/emel ke Pejabat HEP KPSK
PERINGATAN:
Mohon kerjasama pemohon untuk menghantar laporan (2) dua minggu selepas tarikh aktiviti/program dijalankan. KEGAGALAN menghantar laporan lengkap akan menyebabkan sebarang permohonan pada masa akan datang TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN untuk kelulusan.
Pekeliling Timbalan Naib Canselor Jabatan Hal Ehwal Pelajar Bilangan 3 Tahun 2025
Manual Sistem MyHEP-Skrin Pemohon dan Penasihat
Kertas Kerja bagi mendapatkan kelulusan pihak Kolej bagi menjalankan program / aktiviti pelajar
Borang Permohonan aktiviti pelajar