KURSUS PEMERKASAAN ORGANISASI KEPIMPINAN MAHASISWA 

KOLEJ PENGAJIAN SENI KREATIF 

Tarikh:  16, 17 & 18 MAC 2022

Tempat : Ismah Beach Resort, Melaka

Peserta Program : Majlis Perwakilan Pelajar  KPSK & Sekretariat Mahasiswa KPSK

HARI PERTAMA: Program KPO lebih mengfokuskan kepada sesi Ice-Breaking dan suai kenal antara pihak pengurusan Pejabat Dekan Hal Ehwal Pelajar bersama Majlis Perwakilan Pelajar dan  sekretariat mahasiswa setelah pengabungan 3 fakulti.

HARI KEDUA: Aktiviti dan pelaksanaan lebih tertumpu kepada strategi dan perancangan menjalankan aktiviti-aktiviti pelajar sepanjang tahun di bawah Pejabat Dekan HEP berdasarkan KPI yang telah ditentukan. Sesi ini dibantu oleh Dr Hazlin Anita yang merupakan pensyarah dari Pusat Pengajian Seni Liberal. Para peserta program KPO telah melalui fasa brainstorming dan idea generations.

Sesi makan malam dan persembahan mengikut kumpulan telah diadakan dan Majlis Makan Malam KPO telah dihadiri Timbalan Naib Canselor UiTM, iaitu Prof Dr Mohd Sazili. 

HARI KETIGA:  Para peserta setiap kumpulan mengikut portfolio masing-masing membentangkan dan menyerahkan kertas kerja perancangan aktiviti pelajar yang akan dirancang sepanjang tahun 2022 kepada pengurusan tinggi HEP KPSK, Cik Aimi Nabila Anizaim (Ketua Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar) dan En Mohd Fairus Yusoff ( Ketua Kesejateraan dan Kebajikan Pelajar.


Sepanjang 3H2M Kursus Pemerkasaan Organisasi Kepimpinan Mahasiswa Kolej Pengajian Seni Kreatif, objektif kursus telah tercapai disamping sinergi antara para peserta dari 3 fakulti berjaya dipupuk.