HARTA WARISAN SDN. BHD. (HWSB) adalah sebuah syarikat bumiputera melayu sepenuhnya yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Syarikat 2016 dan mula beroperasi tahun 2019. Mempunyai Visi dan Misi untuk menjadi model syarikat terunggul dan pembangunan hartanah strategik dan inovasi sektor pembinaan yang mapan bagi kehidupan generasi yang lebih baik.
HWSB menjalankan perniagaan jual beli hartanah untuk tujuan pembangunan dan juga menyediakan perkhidmatan kontraktor pembinaan awam, kejuruteraan eletrikal dan kejuruteraan mekanikal. Selain itu, kami juga membekalkan bahan-bahan binaan, perkakasan pertukangan dan juga barangan keperluan rumah. HWSB juga mempunyai 4 bahagian utama yang menjadi teras kepada kemajuan syarikat iaitu HARTANAH, PEMBINAAN, PERKHIDMATAN & PENYELENGGARAAN, DAN HARDWARE, HOMEWARE & TRADING.
HWSB mempunyai rancangan perniagaan yang diatur dengan baik dan berusaha menjadi sebuah syarikat pemaju yang dikenali dalam meningkatkan ekonomi bumiputera. HWSB telah menjadi pembekal barangan hardware dan homeware untuk Pasaraya U-Shop di Lundang dan kini telah membuka gudang hardware sendiri di Jalan Tok Kenali, Kubang Kerian. Kami akan berusaha untuk mengembangkan lagi perniagaan di seluruh Malaysia bagi merealisasikan visi dan misi syarikat.
"MENJADI SYARIKAT KORPORAT YANG TERUNGGUL DALAM PEMBANGUNAN HARTANAH DAN SEKTOR PEMBINAAN YANG BERINOVASI BAGI MANFAAT GENERASI AKAN DATANG"
"MENJALANKAN PROJEK HARTANAH SECARA TERANCANG, BERKUALITI DAN MEMPUNYAI DAYA TARIKAN BAGI MENJAYAKAN PEMBANGUNAN SETEMPAT SERTA MENYEDIAKAN PELUANG BAGI MASYARAKAT MAMPU MEMILIKI ASET HARTANAH"
MEMBINA DAN MENJUAL RUMAH KEDIAMAN DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN
PEMBELIAN ASET HARTANAH DAN LAIN-LAIN ASET UNTUK TUJUAN PEMBANGUNAN DAN PENJANAAN EKONOMI.
PROJEK PERUMAHAN SETIAP DAERAH SELURUH KELANTAN.
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KONTRAKTOR PEMBINAAN AWAM, KEJURUTERAAN ELEKTRIKAL, KEJURUTERAAN MEKANIKAL SERTA KEPAKARAN LAIN.