kami dah bantu mereka

dARI E NAIK A+

Macam tak percaya. Baru-baru ni selepas peperiksaan pertengahan tahun kami dihubungi ibu Irfan. Katanya tak percaya naik A+ kerana selama ni masa tingkatan 4 tak pernah lulus! Jangan tekejut apa kami boleh buat...

Mod Kelas: Private class

ingatkan tak boleh baca

Ibu Amirah [nama samaran] tahun 2 pada awalnya mendakwa anaknya ada masalah 'mild dyslexia' menyebabkan dia tak boleh membaca. Menurut guru khas kami, pelajar itu tiada masalah, tambahan ibunya hanya mengambil akuan dari seorang doktor (tidak tepat). Kami letak dia dalam kelas biasa, biarkan dia bergaul dan seronok belajar.

Alhamdulillah tahun ni dia boleh ikut kelas seperti pelajar lain. Faktor sebenar kami syak yang menyumbang pada masalah membaca pelajar ni ialah dia berasa tidak boleh kerana terlalu percaya ibunya yang selalu menceritakan kelemahan dia tak boleh membaca kepada orang lain di hadapan dia.

Mod Kelas: Kelas Biasa

RAJIN BELAJAR BILA FAHAM

Puas mencuba pusat tuisyen lain. Ada je benda tak kena. Di sekolah Imran tak fokus. Tuisyen malas pergi. Baru dua bulan tuisyen sudah nampak perubahan makin rajin. Bukannya dia malas, tapi tak faham. Bila dah faham seronok lah jawab latihan asyik betul je!

Mod Kelas: Kelas Biasa

dekat sekolah pendiam

Dekat sini pula paling bersemangat. Niyaz pelajar tahun 3 adalah pelajar kelas khas. Di sekolah mereka perlu memakai tag nama khas bagi memudahkan cikgu untuk membezakan. Akibatnya, oleh kerana sifat budak-budak yang belum tahu, dia diejek. Di sini semua sama. Tiada istilah tidak pandai. Antara sebab kami inginkan kecemerlangan anak-anak di sini kerana kecemerlangan memberi kesan yang dalam terhadap hidup pelajar.

Mod Kelas: Kelas Biasa

"Pelajar datang dan pergi. Bagi saya satu tahun sahaja dan lihat sendiri perubahan mereka. Terlalu banyak cerita saya nak ceritakan, setiap hari ada sahaja kenangan untuk diingati

Itu lah manisnya menjadi guru..."

- Areff Itqan (Pengasas)