Tentang Kami

Silibus utama kami mengikut kurikulum standard Kementerian Pelajaran Malaysia. Mengikut keadaan semasa dan tahap pelajar, guru-guru kami akan menjangkau sekurang-kurangnya satu topik lagi cepat dari sekolah.

Sebenarnya kepakaran guru dalam mengajar sangat mempengaruhi perkembangan akademik pelajar. Yang tegas tapi tidak mengikut, lucu tapi tidak lari tumpuan, rajin dan berdedikasi adalah resipi terbaik yang menghasilkan pelajar cemerlang.

Guru kami terdiri dari guru sekolah berpengalaman, guru cemerlang / panitia, penanda kertas, dan Doktor falsafah bidang pendidikan.

Apabila guru berbincang, mereka tak berbincang melainkan mencari jalan bagaimana untuk membantu masalah pelajar. Satu per satu isu dan pelajar dibincangkan. Masing-masing cuba bantu dan memberi nasihat sesama sendiri

Dalam satu tempoh masa yang tertentu, kami perlukan pelajar kami menduduki peperiksaan yang kami sediakan. Dengan ini kami boleh tahu sejauh mana pelajar kami pergi dan membolehkan kami untuk mengasingkan pelajar mengikut perkembangan masing-masing

Tugas kami bukan hanya membantu murid untuk skor A, tetapi menyediakan masa depan yang cerah. Berakhirnya SPM melambangkan permulaan yang baru bagi pelajar. Kami menyediakan program seperti kem motivasi, seminar pilihan kerjaya dan juga menyediakan peluang pekerjaan sementara untuk menambahkan pengalaman mereka dengan lebih awal.

LOKASI


PUSAT TUISYEN HALAQAH INTELEK

NO 5A (TINGKAT 1), JALAN PAHANG P15, PRESINT 15, W.P PUTRAJAYA



PENANDA

  • KK mart

  • Restoran Gegey

  • Bangunan baru



hubungi kami

En. Areff (Pengurus)

+6018 320 3044 (Whatsapp/Call)