MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-25
MAJLIS GURU BESAR PONTIAN 2018
Tarikh : 25 Nov 2018 ( Ahad )
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Mersing Johor
Pengerusi : En Buhari Bin Japri
Kehadiran : 72/82 orang
AGENDA 1: Ucapan Aluan Pengerusi ( En Buhari Bin Japri)
1.1. Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah dan doa semoga majlis sentiasa dirahmati Allah.
1.2. Terima kasih kepada semua ahli MGB 2018 yang hadir.
1.3. Terima kasih atas kerjasama ahli MGB 2018 atas program yang telah dirancang dan telah berjaya dilaksanakan.
1.4. Perkongsian ilmu antara ahli MGB 2018 sangat memberangsangkan
1.5. Yuran MGB tidak dipungut setiap bulan hanya setahun sekali iaitu RM 50.00
1.6. Sumber kewangan MGB melalui kerjasama dengan Pontian Book Center iaitu sebanyak RM 200.00 setiap perbelanjaan RM 1 000.00 ke atas.
1.7. Mulai 25 Nov 2018 MGB akan berkerjasama dengan pihak Yakult.
AGENDA 2: Ucapan penasihat ( En Rostam Bin Yahmin )
2.1 Tahniah atas kerjasama mengadakan persidangan ini setiap tahun dan harap dapat diteruskan pada masa akan datang
2.2. Gaya kepemimpinan Guru Besar di sekolah perlu menunjukkan ketrampilan yang baik.
2.3 Kemenjadian modal insan perlu dititikberatkan utuk kecemerlangan dunia pendidikan aras tinggi
2.4. Pengurusan dan pencapaian sekolah mestilah selari dengan peredaran semasa.
2.5. MGB perlu ada permuafakatan dan kebersamaan setiap aktiviti yang dirancang
2.6. MGB perlu berdikari untuk melaksanakan pelbagai program dengan kekangan peruntukan kewangan yang kritikal.
2.7. Pembugaran kepimpinan Guru Besar perlu ditingkatkan
2.8. MGB sangat kuat dan berkuasa dalam mesyuarat perjawatan
2.9. Perjuangankan DG di kalangan Guru Besar
2.10. Berharap kepimpinan MGB 2019 lebih kompeten dan lebih berketrampilan
2.11. Guru Besar yang hebat akan melahirkan sekolah yang hebat
2.12. Lawatan sekolah perlu berkaitan ilmu bukan sahaja tempat permainan pada masa-masa akan datang.
AGENDA 3. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat Agung Tahunan kali ke -24.
3.1. Minit mesyuarat Agung Kali ke -24 di bentang oleh En Abdul Halim Bin Yunus, Setiausaha MGB Pontian. Dicadang untuk disahkan oleh Pn Zarina Binti Sidik. Disokong untuk pengesahan oleh Pn Kalsom Binti A. Rahman
AGENDA 4. Pembentangan Laporan Aktiviti
4.1. En Abd Halim Bin Yunus membentangkan laporan aktiviti MGB. En Mohd Siholhafis Bin Mohd Rukiban menyokong pembentangan laporan aktiviti MGB Pontian.
AGENDA 5. Membentang dan mengesahkan penyata kewangan.
5.1. En Reduan Bin Muhammad selaku Bendahari MGB membentangkan penyata kewangan berakhir 31.10.2018
Jumlah perbelanjaan : RM 9794.00
Baki : RM 12 571.60
Jumlah Besar : RM 22 365.60
Dicadang untuk diterima oleh En Mazli Bin Hashim
Disokong untuk diterima oleh Pn Siti Maimon Binti Sirat
AGENDA 6: Membahas Usul
6.1. En Abd Halim mengusulkan pindaan perlembagaan MGB Daerah Pontian kepada MGB Pontian
6.2. Pengerusi ditukar kepada Yang Dipertua (YDP) dan Naib Pengerusi di tukar kepada Naib Yang Dipertua. (NYDP)
AGENDA 7: Pembubaran AJK MGB Pontian 2015-2018
7.1. En Buhari Bin Japri memaklumkan pembubaran AJK MGB Daerah Pontian 2015-2018 bermula 25/11/2018.
AGENDA 8 : Perlantikan AJK MGB Pontian 2019-2021 ( Dilampirkan )
AGENDA 9 : Ucapan Penangguhan
9.1. En Mohd Sihholhafis Bin Mohd Rukiban mengucapkan terima kasih kepada En Buhari Bin Japri sebagai mantan YDP MGB Pontian , AJK 2015-2018 yang dapat berkhidmat dengan baik serta ahli-ahli MGB Pontian.
9.2. Harapan kepada Ahli Jawatankuasa MGB Pontian yang baru dan semua ahli agar dapat bersama bergerak untuk mencipta kecemerlang pendidikan khususnya di Pontian selaras dengan dasar pendidikan di Malaysia.
9.3. Semua ahli diminta menyokong program-program MGB Pontian dengan jayanya terutama sumber kewangan.
9.4. En Abd Halim Bin Yunus mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang memberikan kepercayaan kepada beliau untuk mentadbir MGB Pontian dengan lebih baik.
9.5. Program persediaan awal persekolahan 2019 ialah pada 20.12.2018
9.6. Semua Guru Besar diminta mengosongkan jadual pdpc pada hari khamis untuk memberi laluan kepada pengurusan.
9.7. Terima kasih kepada semua ahli yang senantiasa memberikan kerjasama yang baik terutama sumber kewangan.
Mesyuarat di tangguhkan pada jam 1.30 pm
Disediakan oleh,
En. Abd Latiff Bin Ahmad
Setiausaha
Majlis Guru Besar Pontian
Disemak oleh,
En Abd Halim Bin Yunus
Yang Dipertua
Majlis Guru Besar Pontian