Murid mengamalkan budaya salam, senyum,sapa dan sopan di dalam kelas, kantin dan semasa perhimpunan
Memartabatkan budaya 4S dalam semua mata pelajaran selaras dengan Naratif Baharu Amalan Pendidikan yang menekankan Membina watak, Pembangun Sahsiah (Pemupukan nilai & Pend. Sivik) dalam kalangan murid. Seterusnya mewujudkan suasana yang harmoni & mesra dalam kalangan warga sekolah dan juga komunititi setempat.
PPT Amalan Terbaik sjkc
PERTANIAN BERI PULANGAN LUMAYAN- SK SRI BENUT
Inisiatif penanaman kelapa pandan, pisang berangan, nanas MD2 secara kolaboratif di antara pihak sekolah dengan ibu bapa serta komuniti ini memberikan pulangan yang lumayan kepada sekolah dalam usaha meraih dana pendidikan secara berterusan.
amalan baik sk seri benut
MEMBINA JARINGAN DAN JALINAN - SK ANDEK MORI
Pelbagai program yang di jalankan di sekolah melibatkan hubungan dengan komuniti. Hubungan dengan masyarakat setempat dan komuniti luar yang akrab akan membina jaringan dan jalinan yang memberi kebaikan kepada kepada kedua-dua pihak.
amalan baik sk andek mori
UKHWAH MEMBINA KECEMERLANGAN - SK PARIT SELANGOR
Membina kerjasama yang akrab antara pihak sekolah, PIBG, KSIB dan masyarakat kampung
Membina jalinan dan jaringan yang mantap – NB Poultry Processing Industries, OUM, Gemilang Kasih Supply & Servis, Khairuman Canopy, Mutiara Workshop, EMI entertainment dll.
amalan baik sk pt selangor
LITTLE KAISARA - SK API API
Beri peluang kepada semua murid yang sering terpinggir dan terlepas pandang.
Meningkatkan jati diri dan keyakinan murid. (Akademik dan sahsiah yang rendah)
Buktikan mereka juga mampu menyerlah seiring dengan murid-murid cemerlang.
amalan baik sk api2
HEALTH IS WEALTH - SJKT JLN PT IBRAHIM
Memberi fokus kepada aktiviti amalan makanan berkhasiat, senamrobik, penulisan, buku skrap, persembahan murid di perhimpunan yang dijangkakan memberikan impak terhadap pembangunan murid secara holistik iaitu fizikal, fisiologikal, intelektual, sosial dan emosi.
amalan baik sjkt
ONE STOP MANAGEMENT CENTER (OSMAC) - SK PERMAS KELAPA
Menyediakan 7 kemudahan utama iaitu data dan maklumat, makluman, rekod, senarai semak, laporan, bahan dan pautan kepada semua warga sekolah.
Sistem ini disediakan secara khusus dalam membantu pengurusan dan pentadbiran yang berkualiti.
OSMAC Presentation
AMALAN KITAR SEMULA 3R- SJKC CHI CHIH
Dirasmikan oleh pegawai SwCorp Daerah Pontian.
Tujuan ditubuhkan adalah untuk memupuk kesedaran alam sekitar di kalangan murid serta membimbing murid menjalankan aktiviti 3R dalam kehidupan harian.
Murid Tahap 2 akan mempunyai seorang adik angkat Tahap 1 yang dipilih secara rawak. Murid Tahap 2 dikenali sebagai ‘Abang/Kakak Angkat’ manakala murid Tahap 1 dikenali sebagai ‘Adik Angkat’.
Abang dan Kakak Angkat akan membantu pihak sekolah dalam aspek pengurusan disiplin dan sahsiah murid semasa penganjuran semua program sekolah.