Hibah bemaksud hadiah, hibah takaful pula adalah hadiah (pampasan kematian) melalui sijil takaful yang akan diberikan sejumlah pampasan kepada orang yang tersayang (penama) tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemegang takaful itu meninggal dunia.
Ramai yang anggap dengan adanya wasiat, harta peninggalan semestinya akan diberikan kepada waris. Tetapi, tahukah anda bahawa wasiat sahaja tidak menjamin tuntutan penuh oleh waris?
Akibatnya, harta beku dan tidak dapat diwarisi oleh waris yang dikasihi. Malah, sudah banyak kes ahli keluarga bergaduh berebut harta pusaka sampai ada yang terputus hubungan.
Ramai yang menganggap dengan adanya wasiat, harta peninggalan semestinya akan diberikan kepada waris. Tetapi, tahukah anda bahawa wasiat sahaja tidak menjamin tuntutan penuh oleh waris?
Akibatnya, harta beku dan tidak dapat diwarisi oleh waris yang dikasihi. Malah, sudah banyak kes ahli keluarga bergaduh berebut harta pusaka sampai ada yang terputus hubungan.
JIka berlaku kematian, semua harta & akaun simati termasuk simpanan, ASB, EPF akan dibekukan sementara bagi memalui proses wasiat atau faraid. Hibah Takaful (pampasan takaful) antara instrumen yang terbaik untuk penama mendapat wang dengan segera untuk meneruskan hidup sementara akaun yang dibekukan dapat dicairkan semula.
Tidak perlu melalui proses wasiat atau faraid yang panjang dan rumit. Penama boleh diletakkan atas nama sesiapa sahaja walaupun individu tersebut tidak berhak dalam faraid.
Penama hibah tidak boleh dipertikai & penama akan mendapat pampasan penuh dengan lebih cepat.
Jika anda ditakdirkan meninggal dunia, keluarga anda akan kehilangan punca pendapatan utama. Kehidupan keluarga anda akan terjejas dan segala aset yang anda ada akan dibekukan.
Proses tuntutan serta pembahagian harta pusaka kepada keluarga anda juga akan mengambil masa yang sangat lama.
Mengumpul aset seperti rumah, tanah, simpanan dan pelaburan bukanlah suatu perkara yang mudah. Perancangan yang rapi penting untuk melindungi aset-aset anda.
Hutang dan pinjaman yang ada dapat diuruskan dan diselesaikan dengan baik dengan adanya Hibah.