Takaful ialah satu pelan insurans yang memiliki ciri patuh Shariah. Ini bermaksud di bawah Takaful, terdapat banyak produk patuh Shariah yang lain seperti Takaful perubatan, Takaful kenderaan, dan banyak lagi. Istilah Takaful juga merujuk kepada konsep insurans Islamik yang berasaskan kerjasama bersama, dimana segala risiko dan dana dikongsi bersama. Bantuan kewangan juga disediakan dibawah Takaful yang dikenali sebagai Tabarru’ (sedekah) melalui dana yang disumbang oleh individu dibawah perlindungan Takaful.
Takaful mematuhi undang-undang Shariah dan tidak terlibat dalam sebarang transaksi haram.
Risiko tidak hanya ditanggung oleh syarikat insurans sepertimana insurans konvensional, tetapi turut ditanggung oleh semua ahli di bawah Takaful tersebut.