Haaa-OnWay diasaskan oleh Intan Norfarasha seorang wanita kelahiran Teluk Intan, Perak, Malaysia dengan satu matlamat yang sederhana iaitu memudahkan urusan pelanggan sambil membuka lebih banyak peluang rezeki kepada driver, rider dan penghantar lain.
Idea Haaa-OnWay tercetus melalui pemerhatian, pengalaman serta pembelajaran daripada keadaan dan keperluan masyarakat di sekeliling. Kami melihat masih terdapat ramai individu yang memerlukan perkhidmatan penghantaran, pengangkutan dan runner yang mudah serta boleh dipercayai. Pada masa yang sama, terdapat ramai driver, rider dan penghantar yang mencari peluang untuk menambah pendapatan.
Haaa-OnWay bukan sekadar menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pengangkutan tetapi juga menjadi satu platform kerjasama yang menghubungkan pelanggan dengan mereka yang ingin mencari pendapatan melalui perkhidmatan runner, penghantaran dan pengangkutan.
Haaa-OnWay belum mempunyai aplikasi tersendiri tetapi dengan sistem kerjasama, kami ingin membantu lebih ramai driver, rider dan penghantar mendapatkan peluang apabila terdapat permintaan di kawasan mereka.
Haaa-OnWay mempunyai impian yang lebih besar untuk masa akan datang — bukan sahaja membantu pelanggan dan penghantar, tetapi turut membuka peluang kepada golongan yang memerlukan.
Antara matlamat kami adalah untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan sumber pendapatan yang sesuai untuk golongan OKU dan warga emas yang masih ingin bekerja mengikut kemampuan dan keadaan masing-masing.
Kami percaya setiap orang mempunyai kemampuan untuk menyumbang dan mencari rezeki dengan cara tersendiri.
Haaa-OnWay — Memudahkan Pelanggan, Membuka Peluang, Berkongsi Rezeki.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi menjadi sebahagian daripada Team Haaa-OnWay dan memilih untuk bermula bersama saya walaupun ketika Haaa-OnWay masih baru.
Tanpa sokongan, kepercayaan dan kesudian mereka untuk bersama-sama mencuba, saya mungkin tidak dapat melaksanakan impian untuk membina team ini.
Sehingga kini, seramai 38 orang telah menyertai Team Haaa-OnWay dari seluruh Semenanjung Malaysia. Setiap seorang daripada mereka mempunyai pengalaman, kawasan dan cara kerja yang berbeza tetapi kami berkongsi satu perkara yang sama iaitu kepercayaan untuk membina sesuatu bersama-sama.
Saya amat menghargai setiap individu yang telah memberikan kepercayaan kepada saya dan Haaa-OnWay. Ini baru permulaan dan saya berharap lebih ramai lagi dapat bersama kami pada masa akan datang.
Buat rakan-rakan di Sabah & Sarawak, kami juga mengalu-alukan anda untuk menjadi sebahagian daripada Team Haaa-OnWay.
Kita mungkin bermula kecil tetapi dengan kepercayaan dan kerjasama, kita boleh berkembang bersama.
Terima kasih kerana percaya dan bermula bersama saya. ❤️