Penghantaran untuk pelanggan individu adalah lebih mudah dan fleksibel. Kebiasaannya, pelanggan hanya perlu memberikan maklumat penghantaran serta gambar barang sebagai bukti sebelum barang diambil.
Perkhidmatan on-call juga boleh disediakan sekiranya terdapat kekosongan dan mengikut kawasan serta masa yang diperlukan.
Bagi penghantaran barang yang mempunyai nilai tinggi, pelanggan mungkin perlu memberikan dokumen atau maklumat pengesahan tambahan kepada pemandu/rider atau pihak kami sebelum penghantaran dibuat.
Harga penghantaran individu ditetapkan berdasarkan jarak, jenis barang, lokasi, masa dan keadaan penghantaran supaya kadar yang dikenakan kekal berpatutan dan munasabah.