GTE GROUP ALUMINIUM bukan sahaja memberikan perkhidmatan perabut rumah berasaskan aluminium sahaja namun kami juga menawarkan perkhidmatan membina rak perabut bagi kegunaan storan agar lebih sistematik dan tersusun dari segi ruang dalaman rumah serta perkhidmatan membina bingkai tingkap yang tahan lama dengan berasaskan aluminium berkualiti tinggi.
Ramai yang tertanya-tanya apa yang istimewa tentang produk berasaskan aluminium?
Aluminium merupakan logam yang stabil kerana ianya tidak menghakis, tidak mudah terbakar dan tidak berbau seperti kayu. Perabut dapur dan kelengkapan rumah yang diperbuat daripada aluminium semestinya tahan lasak, selamat, bersih, bebas anai-anai, kalis air dan anti karat. Malah, perabut dan kelengkapan rumah yang menggunakan aluminium juga didatangkan dengan kekemasan yang jarang ditemui berbanding dengan perabut dapur & kelengkapan rumah jenis lain. Kewujudan aluminium ini mendatangkan banyak kelebihan yang menjadikan orang ramai lebih memilih material aluminium sebagai material utama. Material aluminium telah mendapatkan permintaan yang tinggi orang ramai dalam menghasilkan perabut dan kelengkapan rumah sebagai pilihan nombor satu.
Harga mampu milik
Percuma kerja pengukuran di lokasi
Sebut harga percuma
Kabinet & perabut dapur, rak storan rumah dan bingkai tingkap diperbuat daripada aluminium yang berkualiti tinggi dan kukuh. Ianya dijamin dengan ketahanan yang lebih lama untuk menampung tekanan tersebut pada tempoh masa yang panjang. Setiap produk GTE GROUP ALUMINIUM akan digabungkan dengan pelbagai lapisan aluminium agar setiap pengeluaran produk dapat mengekalkan kualiti. Kualiti produk yang dihasilkan oleh GTE GROUP ALUMINIUM adalah tanggungjawab kami bagi mencapai matlamat dan kepuasan hati anda.
Produk seperti kabinet dan perabut dapur, rak storan rumah dan bingkai tingkap yang berasaskan material aluminium sering dibandingkan dengan material berasaskan kayu iaitu dari segi harga, ketahanan dan reka bentuknya. Walaupun harga untuk membina sesebuah produk menggunakan material aluminium itu agak mahal namun ianya mempunyai tempoh jangka masa yang lebih lama berbanding dengan kabinet kayu.
Mari lihat beberapa kelebihan menarik bagi kabinet dan perabut dapur, pintu aluminium, rak storan rumah dan bingkai tingkap yang berasaskan aluminium:
Tahan Lasak
Kebanyakan kabinet & perabut dapur, rak storan rumah serta bingkai tingkap pernah dibina dengan menggunakan material selain daripada aluminium namun material aluminium adalah material yang paling baik untuk dijadikan pilihan. Anda ingin tahu mengapa? Hal ini kerana, kelembapan dan haba adalah perkara biasa ketika berada di dapur, aluminium adalah satu bahan yang boleh menahan kedua-duanya sekali tanpa menjejaskan keadan didapur. Misalnya, bagi kabinet & perabut dapur aluminium lebih tahan lama, teguh dan lebih keras jika dibandingkan dengan kabinet dapur yang dihasilkan daripada bahan lain seperti kayu misalnya.
Tahan Lama
Ianya bukanlah satu perkara yang mengejutkan apabila anda mengetahui bahawa kabinet yang diperbuat daripada aluminium boleh tahan lama dalam tempoh masa yang panjang. Rahsia kabinet dapur aluminium yang boleh tahan lama terletak pada ketebalan dan struktur bingkai. Aluminium yang tebal memberikan sokongan yang lebih baik dan tidak mudah bengkok atau melendut. Walau bagaimanapun, anda jangan terpedaya dengan menganggap semua kabinet dapur aluminium mempunyai jangka hayat yang panjang kerana kualiti aluminium yang digunakan boleh menjadikan ianya banyak perbezaan. Kabinet aluminium yang berkualiti rendah akan mengakibatkan masalah seperti melendut atau melengkung dalam masa beberapa tahun sahaja. Jadi, anda perlu berhati-hati apabila memilih jenis kabinet dan perabut dapur aluminium kerana kualiti aluminium yang digunakan mungkin berbeza-beza.
Semua produk yang dikeluarkan oleh GTE GROUP ALUMINIUM diperbuat daripada aluminium yang berkualiti tinggi, tidak mudah bengkok, kemek atau melendut dari semasa ke semasa.
Kalis Air
Kelembapan dapur adalah musuh utama kepada mana-mana kabinet & perabut dapur kayu kerana ia boleh menyebabkan bahagian kabinet melengkung dan mengembang. Jadi, kawasan yang rosak akan menjadi lembut dan tidak dapat menampung beban penggunaan yang berat. Walabagaimanapun, aluminium adalah sepenuhnya bahan kalis air. Sebarang kelembapan yang berlaku disebabkan oleh peralatan harian dapur tidak akan merosakkan kabinet ,mahupun perabut dapur aluminium.
Tidak berbau dan bersih
Jika anda pernah mempunyai kabinet dapur kayu di rumah, anda mungkin biasa dengan bau yang tidak menyenangkan. Namun, kabinet dapur aluminium tidak akan mempunyai masalah yang sama seperti kabinet dapur kayu. Material aluminium tidak berbau dan lebih bersih berbanding kayu. Permukaan aluminium yang tidak berliang sebenarnya menghalangnya daripada menjadi tempat pembiakan bakteria dan mikroorganisma berbahaya. Kami boleh jamin bahawa tiada peluang berlakunya pertumbuhan cendawan pada kabinet & perabut dapur, bingkai tigkap serta rak storan dapur yang berasaskan aluminium.
Anti karat
Sifat aluminium yang stabil dan kemas mengelakkan kabinet & perabut dapur, bingkai tingkap serta rak storan rumah yang berasaskan aluminium daripada berkarat. GTE GROUP ALUMINIUM menggunakan bahan aluminium tulen dan berkualiti yang menjamin 100% bahawa kabinet & perabut dapur, bingkai tingkap serta rak storan rumah anda anti karat.
Reka Bentuk Yang Eksklusif
Kabinet & perabut dapur, bingkai tingkap serta rak storan rumah aluminium GTE GROUP ALUMINIUM boleh disesuaikan dengan variasi warna dan reka bentuk yang anda suka. Pelanggan bebas untuk mengikut citarasa mereka.
Anti Anai-Anai
Salah satu kebimbangan dan kerisauan utama pemilik rumah adalah kabinet & perabut dapur serta bingkai tingkap kayu yang terdedah kepada serangga perosak terutamanya anai-anai. Dengan memilih material berasakan aluminium ianya dapat membantu mengurangkan masalah serangan serangga perosak. Permukaan aluminium yang tidak berliang menyelamatkan kualiti aluminium daripada serangan serangga perosak dan serangan anai-anai dan ianya boleh dicegah dengan berkesan.
Memandangkan aluminiumadalah sejenis material yang ringan dan lembut, ia mungkin akan mengakibatkan lekukan. Bagi mengatasi kelemahan aluminium, GTE GROUP ALUMINIUM akan menyelesaikannya dengan menggunakan panel aluminium yang lebih tebal.
Kebanyakan orang mendapati bahawa warna metalik kabinet dapur aluminium sangat terhad untuk dipadankan dengan kesesuaian reka bentuk yang moden dan eksklusif sahaja. Namun GTE GROUP ALUMINIUM menawarkan beberapa reka bentuk kabinet & perabut dapur mengikut gaya terkini yang selari dengan pekembangan cita rasa moden.
KAMI PAKAR DALAM
BINGKAI TINGKAP ALUMINIUM KABINET & PERABUT DAPUR ALUMINIUM RAK STORAN RUMAH