GTE GROUP Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan pada 09 Ogos 2022 dan dulu dikenali sebagai Gugugsan Teguh Enterprise. Perniagaan. GTE GROUP ALUMINIUM pula merupakan anak syarikat naungan GTE GROUP Sdn Bhd yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh bumiputera . Oleh itu, GTE GROUP Sdn Bhd telah membangunkan kilang aluminium bagi mengembangkan lagi cabang perniagaan dengan adanya tenaga kerja yang mahir mampu menghasilkan produk yang berkualiti selari dengan matlamat dan visi syarikat yang sentiasa mementingkan kualiti produk.
GTE GROUPÂ ALUMINIUM merupakan pengeluar produk perabut rumah berasaskan aluminium di Kuala Rompin, Pahang. GTE GROUP ALUMINIUM amat mementingkan pengurusan yang berkualiti tinggi dan menjadi pilihan hati pelanggan.Pemilihan bahan yang teliti, proses pembuatan yang mahir dan cekap, pemasangan yang teliti dan kemas mampu memperoleh reputasi yang baik sebagai jenama yang boleh dipercayai orang ramai. Tenaga kerja dari GTE GROUP ALUMINIUM mempunyai latar belakang kemahiran yang mantap dan jelas dalam ilmu membina produk berasaskan aluminium. Semua kakitangan teknikal kami terlatih dan mahir dengan pengalaman bertahun-tahun dalam pemasangan kabinet. Kami juga yakin dengan mengeluarkan produk dan perkhidmatan terkini mampu memenuhi keperluan pelanggan.
Jadi, dengan adanya sokongan yang padu dari semua pihak, GTE GROUP ALUMINIUM akan sentiasa berusaha meningkatkan lagi tahap kualiti produk dan kerja agar syarikat ini mampu melangkah lebih jauh pada masa akan datang.