SOAL JAWAB
S : Apakah itu GrabFood?
J : GrabFood adalah perkhidmatan penghantaran makanan yang membawakan hidangan dari pelbagai premis makanan tempatan, terus ke tangan pelanggan yang membuat pesanan.
S : Kenapa perlu mendaftar Rakan Grabfood Merchant?
J : Kami boleh membantu mengembangkan perniagaan premis makanan anda. Dengan menjadi rakan Grabfood Merchant, anda berpeluang untuk meneroka pelanggan-pelanggan Grab yang kelaparan, sekaligus membolehkan anda memperluaskan perniagaan anda ke dalam perniagaan online.
S : Apakah syarat kelayakan untuk menjadi Rakan Grabfood Merchant?
J : Berikut adalah syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi Rakan Grabfood Merchant:
Salinan maklumat akaun bank
Salinan dokumen perniagaan - Borang 9,13,49
Salinan kad pengenalan pemilik
Salinan lesen perniagaan (mestilah terkini dan tidak luput) untuk setiap restoran
Salinan polisi insurans yang merangkumi semua restoran (mestilah terkini dan tidak luput)
Salinan sijil Halal (Jika ada)
S : Bagaimana caranya untuk menjadi Rakan Grabfood Merchant?
J : Sila tekan butang di bawah untuk pendaftaran.
Wakil kami akan menghubungi anda untuk melengkapkan pendaftaran.
S : Bolehkah saya mendaftar Grabfood Merchant jika saya tidak mempunyai kedai jualan sebenar ? (cth. syarikat catering)
J : Ya, boleh dengan syarat anda mempunyai lesen dan dokumen perniagaan yang diperlukan di atas.