Kepada Rakan Pemandu yang dihormati.
Tujuan larangan dan amaran ini dibuat adalah untuk melindungi kebebasan pemandu untuk bekerja di beberapa kawasan kritikal. Grab tidak sekali kali membuat sesuatu yang akan menyusahkan pemandu. Semua amaran dan larangan yang terdapat dalam web ini adalah ditetapkan oleh organisasi yang menguruskan kawasan tersebut.Â
Sebarang tindakan mengabaikan undang undang yang ditetapkan oleh mereka akan memungkinkan mereka tidak lagi mahu bekerjasama dalam memberikan rakan pemandu akses untuk memberi perkhidmatan Grab kepada organisasi mereka.
Oleh itu, bersama samalah kita menjaga diri dan rakan rakan lain agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan demi kebaikan bersama.
Terima kasih.