Lokasi: Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan
Tarikh: 10 April 2019
Update Sempadan Zon Merah: 1 Jun 2019
Info
Untuk makluman, sejak tahun 2019, pemandu e-hailing dilarang untuk menunggu di dalam kawasan lapangan terbang Kuantan atas arahan pihak Airport. Sila rujuk amaran di bawah untuk lebih info.
Amaran:
Dilarang menunggu di dalam lapangan terbang (Zon warna merah)
Hanya dibenarkan pick-up dan drop-off sahaja apabila berada di dalam zon tersebut
Patuhi semua undang-undang yang ditetapkan oleh pihak Airport Kuantan
Jika anda dibukti melanggar peraturan ini atau dikesan online dalam kawasan merah dengan sengaja walaupon sekadar masuk dan keluar semula (cubaan memancing), tindakan boleh dikenakan pada akaun Grab Driver anda.
Boleh kah saya drop-off penumpang dalam kawasan airport?
YA, Boleh. Pemandu dibenarkan masuk dalam kawasan airport hanya untuk pick-up atau drop-off penumpang SAHAJA. Tidak dibenarkan menunggu job dalam kawasan airport.
Bolehkah saya menggunakan tandas, surau atau cafe yang terdapat dalam bangunan airport?
TIDAK BOLEH! Melainkan anda offline apps Grab Driver anda.
Bolehkah saya menunggu dalam kawasan parkir berbayar?
TIDAK BOLEH! Melainkan anda offline apps Grab Driver anda.
Bolehkah saya menunggu diluar pagar, di pintu masuk pagar airport?
TIDAK BOLEH! Anda dalam kawasan zon merah. Rujuk peta diatas.
GPS saya selalu masuk sendiri dalam kawasan larangan?
ALASAN TIDAK DITERIMA! Anda berada dalam kuasa sendiri untuk menentukan jenis model telefon yang terbaik dan stabil untuk bekerja. Pastikan GPS anda stabil untuk mengelakkan anda dikesan berada dalam kawasan larangan tanpa sengaja.
Saya dapati ada pemandu Grab lain yang menunggu dalam kawasan airport.
Sila laporkan pemandu tersebut kepada staf Grab Kuantan beserta bukti bergambar. Kami akan jalankan siasatan dan pemandu tersebut akan dikenakan tindakan jika sabit kesalahan.
Link Whatsapp : https://wa.link/5akx0n