Latihan Keselamatan
Latihan Keselamatan adalah satu bentuk pendedahan atau lanjutan iaitu pembelajaran secara teori dan praktikal untuk pekerja berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja sama ada berisiko rendah atau tinggi yang perlu disediakan oleh organisasi seperti Jawatankuasa KKP bagi pihak majikan. Latihan ini memerlukan masa, kos dan peralatan yang bersesuaian dengan pekerjaan pekerja sebagai satu kaedah bagi tindakan kecemasan atau pencegahan dan mengelakkan berlakunya kemalangan serta kebolehan mengawal hazard yang wujud. Justeru, latihan keselamatan dalam konteks kajian ini adalah modul, aktiviti atau program yang berkaitan KKP serta suatu keperluan pekerja yang relevan dan efektif selepas latihan dijalankan serta dilaksanakan berterusan dari semasa ke semasa.
Tanggungjawab Pekerja
Tanggungjawab Jawatankuasa KKP
CGP09(a). Wajib terlibat dengan latihan keselamatan anjuran pihak institusi
ATPK 8
CGP09(b). Menganjurkan latihan keselamatan untuk pekerja
ATPK 7.5
CGP10(a). Menyertai latihan keselamatan pada setiap awal semester
ATPK 8
CGP10(b). Melaksanakan latihan keselamatan di awal setiap semester
ATPK 7.5, 18
CGP11(a). Mematuhi sistem ‘buddy’ semasa melakukan kerja-kerja yang berisiko
ATPK 8, 13.1, 13.5
CGP11(b). Mewujudkan sistem ‘buddy’ semasa melakukan kerja-kerja berisiko
ATPK 8, 12.8
CGP12(a). Menyertai latihan keselamatan seperti tindakan kecemasan dan kebakaran walaupun bertugas di tempat yang baharu
ATPK 8, 11
CGP12(b). Memastikan setiap pekerja termasuk yang bertugas di tempat baharu diberi latihan keselamatan seperti tindakan kecemasan dan kebakaran
ATPK 11, 18
CGP13(a). Memohon latihan keselamatan yang bersesuaian dengan pekerjaan
ATPK 13.5
CGP13(b). Menyediakan latihan keselamatan yang sesuai dengan pekerjaan
ATPK 7.5
CGP14(a). Melakukan penilaian kendiri dari segi mendapatkan motivasi untuk bekerja dengan lebih selamat
ATPK 13.3, 13.5
CGP14(b). Menilai tahap motivasi pekerja untuk bekerja dengan lebih selamat
ATPK 7.1, 7.5, 18
CGP15(a). Mengutamakan anjuran latihan keselamatan institut
ATPK 5, 8
CGP15(b). Mengutamakan penganjuran latihan keselamatan
ATPK 5, 7.5, 12.4, 18
CGP16(a). Menyertai latihan keselamatan yang komprehensif
ATPK 5, 8
CGP16(b). Menyediakan latihan keselamatan yang komprehensif
ATPK 5, 7.5, 12.7
CGP17(a). Mengisi borang soal selidik keberkesanan latihan keselamatan
ATPK 13.5
CGP17(b). Menyediakan borang soal selidik keberkesanan latihan keselamatan
ATPK 12.7
CGP18(a). Mengetahui tindakan yang perlu dilakukan jika berlaku kecemasan
ATPK 8, 11
CGP18(b). Memastikan setiap pekerja mengetahui tindakan yang perlu dilakukan jika berlaku kecemasan
ATPK 8, 11
CGP19(a). Mempunyai tahap pengetahuan latihan keselamatan yang tinggi
ATPK 13.5
CGP19(b). Memastikan setiap pekerja mempunyai tahap keselamatan yang tinggi
ATPK 5, 12.7
CGP20(a). Meningkatkan tahap pematuhan diri
ATPK 13.5
CGP20(b). Menilai peningkatan tahap pematuhan pekerja
ATPK 12.7
CGP21(a). Melakukan penilaian kendiri dari segi pelaksanaan tugas yang berkualiti
ATPK 13.5
CGP21(b). Melakukan penilaian pengaruh pelaksanaan tugas kualiti pekerja
ATPK 7.1, 7.5, 12.7
CGP22(a). Menghadiri latihan keselamatan yang dibiayai oleh pihak institut
ATPK 13.5
CGP22(b). Menanggung kos latihan keselamatan
ATPK 7.5
CGP23(a). Menyertai sesi latihan keselamatan walaupun dijalankan selepas waktu bekerja
ATPK 13.5
CGP23(b). Menyediakan sesi latihan keselamatan pada waktu yang berkala yang telah dirancang awal
ATPK 7.5, 12.4
CGP24(a). Menyertai latihan keselamatan yang secukupnya
ATPK 13.5
CGP24(b). Menyediakan latihan keselamatan yang secukupnya
ATPK 7.5, 12.4, 12.7
CGP25(a). Menyertai latihan keselamatan secara berterusan
ATPK 13.5
CGP25(b). Menganjurkan latihan keselamatan secara berterusan
ATPK 7.5, 12.4
CGP26(a). Sentiasa menyertai latihan keselamatan dari semasa ke semasa
ATPK 13.5
CGP26(b). Menganjurkan latihan keselamatan dari semasa ke semasa
ATPK 7.5, 12.4