PENGENALAN: Cadangan garis panduan Jawatankuasa KKP yang seragam dalam membudayakan keselamatan dalam kalangan pekerja di ILKBS berdasarkan faktor budaya keselamatan adalah sebagai panduan menguruskan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ianya mempromosi satu standard budaya keselamatan untuk dipraktikkan di ILKBS. Justeru, garis panduan tersebut dilihat berkemungkinan wujudnya keberkesanan dalam memastikan pihak pengurusan atasan dan pekerja lebih gigih bekerja dengan mematuhi peraturan KKP. Amalan ini diterapkan dalam organisasi terutama kepada pekerja bagi membudayakan keselamatan di tempat kerja. Malah, pekerja yang mematuhi garis panduan memiliki sikap yang positif terhadap keselamatan. Tambahan lagi, garis panduan budaya keselamatan yang dikuatkuasakan secara aktif oleh pihak pengurusan atasan melalui Jawatankuasa KKP dapat meningkatkan tahap pematuhan yang tinggi dan tingkah laku pekerja yang positif terhadap keselamatan termasuk merancang serta melaksanakan aktiviti KKP secara berterusan. Selain itu, pematuhan garis panduan budaya keselamatan secara optimum dan pemerhatian yang lebih fokus terhadap isu KKP institut oleh Jawatankuasa KKP dapat menghasilkan impak yang besar dari segi kualiti dan produktiviti kepada ILKBS. Garis panduan budaya keselamatan yang seragam ini dengan menambahbaik pengurusan KKP yang dikeluarkan oleh pihak KBS adalah satu pedoman yang meningkatkan tahap kesedaran dan memandu individu ke arah bekerja dalam keadaan yang selamat. Dengan garis panduan ini dapat membantu KBS boleh menilai semula Arahan Tetap Pengarah Kemahiran Bilangan 6 Tahun 2022 iaitu Pengurusan Keselamatan Dan Kebersihan Institut Kemahiran Belia Negara (Kementerian Belia dan Sukan 2022) untuk penambahbaikan KKP. Malah, garis panduan ini adalah elemen yang terpenting dalam peningkatan penglibatan pekerja ke dalam sebarang membuat keputusan dan peningkatan komitmen mereka terhadap isu KKP. Oleh itu, pekerja berkewajiban mengikuti saranan yang terkandung dalam garis panduan tersebut. Justeru, budaya keselamatan merupakan satu amalan yang diterapkan dalam institut bagi mencegah kecederaan semasa bekerja. Namun, jika cadangan garis panduan ini tidak dilaksanakan oleh pihak ILKBS, maka pekerja dan pihak pengurusan atasan akan bekerja seperti amalan biasa dengan tahap kesedaran yang sedia ada serta tiada pemangkin peningkatan dalam membudaya keselamatan di ILKBS bagi mengurangkan kadar kemalangan. Oleh yang demikian, berdasarkan implikasi terhadap garis panduan, maka cadangan garis panduan budaya keselamatan yang seragam dan disusun secara timbal balik kebertanggungjawaban antara pekerja dengan Jawatankuasa KKP akan lebih berkesan bagi meningkatkan budaya keselamatan dan mengurus risiko bahaya dengan teliti di tempat kerja ke arah kemalangan sifar.
Tempoh Pelaksanaan Pengujian Keberkesanan Garis Panduan : 1 September ~ 30 November 2024
Jom Layan Sebentar!
Rujukan
Arahan Tetap Pengarah Kemahiran Bil. 6 Tahun 2022 BPK KBS : Pengurusan Keselamatan Dan Kebersihan Institut Kemahiran Belia Negara [BPKB-ATPK/6/2022]
Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) Undang-Undang Malaysia
Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 P.U. (A) 616/1996 Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan) 1996
Arahan Tetap Pengarah Kemahiran
Bil. 6 Tahun 2022 BPKB KBS
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) Undang-Undang Malaysia
Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan) 1996
About me
Ts. Affendy Zabkha bin Mohamad Zain adalah Pelajar Peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Pengurusan Keselamatan Industri di Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada peringkat kajian ini akan dilaksanakan proses pengujian keberkesanan cadangan Garis Panduan JK KKP dalam membudayakan keselamatan dalam kalangan pekerja di ILKBS.