Mewujudkan pasukan pendidik pakar teknologi digital yang berperanan sebagai taskforce / think-tank bagi pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital di negeri Johor.
Membantu mencetuskan peningkatan kompetensi guru dalam Program Profesionalisme Berterusan (CPD), khususnya Pendidikan Digital.
Menjadi guru adiwira pengupaya teknologi digital kepada guru dan murid di negeri Johor.
Selari dengan Dasar Pendidikan Digital
Teras 2 : Mengupayakan Pendidik Yang Kompeten Digital
Selari dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL)
Teras 4 : Membangunkan Bakat Digital Yang Tangkas dan Kompeten
Mempunyai motivasi dan kompetensi yang tinggi dalam memacu transformasi digital dalam pendidikan.
Sentiasa memanfaatkan teknologi digital dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Pernah membuat perkongsian amalan terbaik mengenai pengintergrasian teknologi digital kepada rakan guru lain.
Aktif mengambil bahagian dalam program dan aktiviti berteraskan teknologi digital.
Mempunyai pengalaman menghasilkan sekurangnya 1 inovasi digital dalam tempoh 3 - 5 tahun terkini.
Menjadi pakar rujuk pengintegrasian teknologi digital dalam PdP bagi guru dan murid negeri Johor.
Menyediakan perancangan dan pelaksanaan khidmat bimbingan pengintegrasian teknologi digital dalam PdP di peringkat negeri dan daerah.
Sebagai penyumbang idea dan pembangun kandungan pendidikan digital untuk platform Google Sites Pendidikan Digital Johor.
Menjadi jurulatih utama dalam menggerakkan aktiviti dan program pemerkasaan pendidikan digital di peringkat negeri dan daerah.
GURU ADIWIRA DIGITAL JOHOR EDUCATOR TEAM (GADJET)
Email : GADJETSSTP@GMAIL.COM
Twitter : twitter.com/@gadjetjohor
Facebook : facebook.com/gadjetjpnjohor
Youtube : Akan Datang