Selamat datang ke Branding Guideline (Garis Panduan Penjenamaan) GADJET. Di sini, anda boleh menemukan info yang boleh dirujuk bagi mengetahui panduan penggunaan aset penjenamaan GADJET, tertakluk kepada terma syarat dan terma privasi kami.
LOGO GADJET 2022/23
Logo Guru Adiwira Digital Johor Educator Team (GADJET) merupakan sebahagian besar daripada identiti kami sebagai sebuah komuniti. Justeru, penggunaan logo mengikut tetapan yang betul merupakan suatu aspek yang kami utamakan. Logo kami terdiri adalah seperti imej di sebelah kiri ini dan sentiasa di beri keutamaan digunapakai pada latar putih atau latar abstrak yang mempunyai satu warna utama samada biru atau putih.
Tiada sebarang saiz minima spesifik yang ditetapkan tetapi sebarang paparan logo tersebut perlulah menampakkan semua teks "GURU ADIWIRIA DIGITAL JOHOR EDUCATOR TEAM) termasuk ikon telefon pintar pada huruf I.
PENGGUNAAN LOGO GADJET SEBAGAI IKON
Sekiranya penjenamaan atau nama GURU ADIWIRA DIGITAL JOHOR EDUCATOR TEAM sudah jelas, logo gadjet boleh digunakan sebagai ikon kecil pada latar putih berbentuk bulat.
ZON BEBAS GANGGUAN IMEJ/TEKS
Exclusion zone merujuk kepada ruang bebas daripada sebarang imej atau teks apabila logo GADJET dipaparkan. Secara kasarnya, ukuran exclusion zone pada logo GADJET adalah 1/4 daripada saiz logo asal pada setiap penjuru (ditandakan dengan empat segi empat merah luaran). Sekiranya pameran logo perlu dilakukan pada ruang yang terhad dan tidak dapat dielakkan, exclusion zone pada logo adalah ruang segi empat pada sekitar logo, menyentuh tiga sudut pada bentuk pada logo (ditandakan dengan satu petak merah besar pada sekitar logo). Ruang atas pada logo tetap perlu diberikan ruang bebas seperti ditandakan dengan segiempat garis putus-putus
Lorem ipsum dolor sit amet
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum.