i) Menarik minat pelajar untuk mempelajari Matematik dan Bahasa Melayu.
ii) Memberi pendedahan kepada pelajar untuk memahami konsep pecahan dengan menggunakan teknik “Sake Beda”.
iii) Mengatasi masalah miskonsepsi dalam operasi pecahan.
iv) Memantapkan penguasaan pelajar dalam memahami konsep pecahan melalui latihan secara langsung dan tidak langsung.
v) Menambahkan kosa kata Bahasa Melayu kepada pelajar.
vi) Memupuk semangat kerjasama melalui kaedah ABL yang digunakan.
vii) Mewujudkan semangat kepimpinan dalam diri pelajar melalui aktiviti berkumpulan yang disediakan.