Fraction Cipher merupakan satu produk inovasi yang dibangunkan menggunakan konsep pembelajaran menyeronokkan yang dinamakan gamifikasi. Permainan ini menggabungkan cara pengajaran dan pembelajaran operasi pecahan dalam Matematik dan pengukuhan kosa kata Bahasa Melayu melalui permainan teka silang kata versi kod kriptografi. Selain itu, inovasi ini menggunakan satu kaedah pembelajaran yang menyeronokkan iaitu Adventure Based Learning (ABL). Melalui tinjauan literatur yang telah dibuat, kaedah ini jarang dilaksanakan untuk tujuan pembelajaran Matematik. Maka dengan ini Fraction Cipher bertindak mengaplikasikan kaedah ini dalam pembelajaran untuk mendapatkan hasil yang menyeronokkan.