Pelajar atau staf yang ingin menjalankan kerja penyelidikan di makmal perlu mendapatkan kebenaran dengan mengisi BORANG KEBENARAN PENGGUNAAN MAKMAL. Borang yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan kepada staf makmal untuk tujuan perekodan.
Bagi pelajar yang menggunakan makmal bagi subjek Research Project, rangka kerja penyelidikan yang ingin dijalankan perlu dilampirkan bersama-sama Borang Kebenaran Penggunaan Makmal.
Pengguna DIWAJIBKAN memakai pelitup muka, kot makmal (lab coat) dan kasut bertutup penuh semasa berada di dalam makmal.
Sila maklumkan kepada staf bertugas setiap kali ingin memasuki makmal. Jika tiada staf di dalam makmal, sila hubungi nama petugas yang tertera di pintu hadapan makmal. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa makluman staf.
Pengguna disarankan melakukan disinfeksi sebelum dan selepas menggunakan ruang kerja & peralatan.
Pihak makmal tidak akan membekalkan bahan pakai habis dan bahan kimia untuk kegunaan ujikaji pengguna. Pihak makmal hanya akan membekalkan alat radas asas sahaja.
Sekiranya ingin menyimpan bahan atau peralatan yang digunakan bagi penyelidikan di makmal, sila maklumkan kepada staf makmal bagi memastikan bahan atau peralatan tersebut disimpan di ruang yang bersesuaian, terutamanya bagi bahan kimia.
Penggunaan peralatan elektrik aktiviti pengujian/persampelan perlu direkodkan dan sila pastikan suis dimatikan setelah selesai penggunaan. Jika perlu meninggalkan peralatan dalam mode “ON” melebihi waktu bekerja, sila maklumkan kepada staf makmal.
Sebelum penyediaan media kultur terutama agar ataupun broth, sila pastikan terlebih dahulu terdapat ruang di dalam chiller untuk penyimpanan.
Kultur hidup mikrobiologi hendaklah disimpan di dalam bekas dan tempat yang sesuai selepas menjalankan ujikaji.
Pengguna hendaklah melabel sampel dan spesimen yang akan ditinggalkan di makmal dengan maklumat berikut:
a)Nama Pengguna
b)Nama Sampel
c)Tarikh
Penyimpanan spesimen di dalam makmal tidak boleh melebihi 6 bulan. Sekiranya pengguna memerlukan tempoh yang lebih lama, pemakluman lanjutan tempoh hendaklah dikemukakan kepada pihak makmal terlebih dahulu. Pihak makmal akan melupuskan sampel yang melebihi tempoh yang telah ditetapkan.
Pastikan bahan kimia, sampel dan spesimen tidak ditinggalkan di dalam kebuk wasap dan Biosafety Cabinet selepas ujikaji dijalankan. Sekiranya perlu ditinggalkan, sila maklumkan pada staf makmal dan label item berkenaan.
Pelupusan sisa haruslah dibuat mengikut standard yang ditetapkan.
Sisa domestik haruslah dibuang ke dalam tong sampah biasa.
Semua sisa biologi mestilah dibuang ke dalam yellow bin yang telah disediakan. Sisa mikrobiologi haruslah di autoclaved terlebih dahulu sebelum dibuang.
Sisa peralatan tajam dan sisa kaca pecah haruslah dibuang ke dalam sharp bin.
Pembuangan sisa kimia haruslah dimaklumkan kepada staff makmal bagi memastikan sisa kimia tersebut dilupuskan mengikut piawai standard yang ditetapkan.
Penggunaan autoclave hendaklah mengikut jadual penggunaan yang telah ditetapkan, dan autoclave hanya boleh dikendalikan oleh staf makmal sahaja.
Sesi autoclave nonsterile item adalah pada hari Selasa dan Khamis. Sekiranya item nonsterile yang telah selesai di autoclave merupakan item yang perlu dibasuh, item berkenaan haruslah dibasuh dengan kadar segera selepas item berkenaan di autoclave.
Sesi autoclave sterile item adalah setiap hari pada pukul 10 pagi dan pukul 2 petang.
Sebarang kemalangan atau kecederaan, hendaklah dilaporkan dengan segera kepada staf makmal.
Cuci tangan dengan menggunakan sabun atau gunakan hand sanitizer sebelum meninggalkan makmal. Amalkan 3W (Wash, Wear, Warn).
Penggunaan makmal adalah terhad kepada waktu pejabat sahaja. Sekiranya perlu menjalankan ujikaji/amali di luar waktu pejabat, sila pastikan:
Mendapat kebenaran pihak makmal dengan mengisi BORANG KEBENARAN PENGGUNAAN MAKMAL LUAR WAKTU PEJABAT.
Menyediakan surat yang mempunyai tandatangan Penyelia untuk pemakluman kepada Pos Pengawal Keselamatan.
Memaklumkan kepada Unit Pembangunan (JPPF) bagi penggunaan penghawa dingin berpusat.
Penggunaan makmal penyelidikan diluar waktu operasi tanpa staff makmal bertugas dibenarkan bagi staf fakulti dan pelajar pascasiswazah, namun haruslah dimaklumkan terlebih dahulu dan direkod pada buku rekod khas bagi mendapatkan kunci untuk akses keluar masuk.
Setelah keseluruhan penyelidikan selesai, pengguna perlu mengisi BORANG TAMAT PENGGUNAAN MAKMAL dan menanda senarai semak di dalam borang. Sila kembalikan borang yang telah dilengkapkan kepada staf makmal bagi tujuan perekodan.
Ketidakpatuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan akan menyebabkan:
Teguran pada kesalahan kali pertama
Amaran pada kesalahan kali kedua
Disekat dari menggunakan makmal pada kesalahan ketiga.
Pengguna semasa bertanggungjawab pada sebarang kerosakan peralatan makmal dan kos GANTIRUGI adalah tanggungjawab pengguna tersebut.
endorsed by Mesyuarat Fakulti (Tindakan Akademik) Fakulti Pergigian Bil. 3/2024 (21 Jun 2024)