Waktu operasi penggunaan bilik kultur tisu adalah:
7.30 am – 4.30 pm (sepanjang tahun)
7.30 am – 4.00 pm (bulan Ramadan)
Penggunaan di luar waktu operasi yang ditetapkan perlu dimaklumkan sehari sebelum kepada staff makmal bersama memo pemakluman waktu penggunaan. (cth: 4.30pm-6.00pm, hari Sabtu&Ahad serta Cuti Umum)
Penggunaan makmal di luar waktu operasi yang ditetapkan bagi pelajar prasiswazah dan pascasiswazah perlu di bawah pengawasan staf makmal atau penyelia yang terlibat.
Penggunaan bilik kultur tisu diluar waktu operasi tanpa staff makmal bertugas dibenarkan bagi staf fakulti dan pelajar pasca siswazah, namun haruslah dimaklumkan terlebih dahulu dan direkod pada buku rekod khas bagi mendapatkan kunci untuk akses keluar masuk.
Penggunaan makmal hendaklah merekodkan kehadiran masuk/keluar dalam Buku kehadiran di kaunter Pengawal Keselamatan bagi penggunaan makmal di luar waktu operasi yang ditetapkan.
Penggunaan harian bilik kultur tisu hendaklah ditempah melalui Google Calendar Cell Culture sekurang-kurangnya 3 hari sebelum.
Pemakluman hendaklah dibuat kepada staff makmal sekiranya terdapat perubahan pada waktu tempahan. (kemaskini masa/pembatalan)
Sekiranya waktu tempahan penggunaan bilik kultur tisu dibatalkan atau proses kerja siap awal, hendaklah dimaklumkan kepada pengguna seterusnya.
Penggunaan setiap peralatan di bilik kultur tisu hendaklah direkod pada file rekod penggunaan peralatan.
Pastikan ruang kerja dibersihkan selepas selesai proses kerja.
Pengguna terakhir pada hari berkenaan perlu memastikan biological waste dibungkus dan dimasukkan ke dalam tong kuning.
Sekiranya terdapat sebarang persoalan/kemusykilan berkenaan mesin/ruang kerja bilik kultur tisu, sila maklumkan pada staff makmal.
Ketidakpatuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan akan menyebabkan:
Teguran pada kesalahan kali pertama
Amaran pada kesalahan kali kedua
Disekat dari menggunakan bilik kultur tisu pada kesalahan ketiga.
Pengguna semasa bertanggungjawab pada sebarang kerosakan peralatan makmal dan kos GANTIRUGI adalah tanggungjawab pengguna tersebut.
endorsed by Mesyuarat Fakulti (Tindakan Akademik) Fakulti Pergigian Bil. 3/2024 (21 Jun 2024)