PENGENALAN
Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak telah bermula sejak Tahun 2011 dan diteruskan pada setiap tahun sehingga ke tahun 2023. Penganjuran kali ini merupakan penganjuran kali yang ke-13. Pertandingan ini merupakan anjuran bersama-sama antara Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kerajaan Negeri Perak dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun ini pertandingan akan diadakan secara dalam talian dan secara bersemuka iaitu bermula pada 25 September hingga 5 Oktober 2023. Penganjuran pertandingan forum yang bertemakan Bahasa Melayu Pemacu Masyarakat Madani adalah bertujuan untuk menggilap bakat generasi muda dalam melaksanakan suatu wawancara bersifat informatif dan mampu menarik minat pendengar dalam menelusuri topik yang dibincangkan.
Elemen kreatif dan kritis juga dibentuk untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan dan menarik. Hal ini demikian, amat sejajar dengan saranan kerajaan yang ingin melahirkan warga Malaysia yang cemerlang dan terbaik dalam menghadapi dunia yang kian mencabar khususnya di era digital ini. Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah diberikan amanah sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu, IPG Zon Utara, maka penganjuran pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar Institut Pendidikan Guru, Universiti Awam, dan Universiti Swasta berdiskusi bagi meningkatkan penguasaan dan keupayaan bahasa Melayu.
TEMA FORUM
Bahasa Melayu Pemacu Masyarakat Madani
SASARAN PENYERTAAN
Forum Piala Menteri Besar Peringkat Kebangsaan Kali Ke-13 terbuka kepada semua pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta.
ANJURAN
Program ini adalah anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kerajaan Negeri Perak.
TARIKH-TARIKH PERTANDINGAN
25 SEPTEMBER 2023 | ISNIN
26 SEPTEMBER 2023 | SELASA
27 SEPTEMBER 2023 | RABU
3 OKTOBER 2023 | SELASA
4 OKTOBER 2023 | RABU
5 OKTOBER 2023 | KHAMIS
HADIAH YANG DITAWARKAN
PERASMIAN PENUTUPAN
Perasmian penutupan akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak.