YURAN PENYERTAAN
Setiap pasukan dikenakan bayaran sebanyak RM300.00 ( Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja)
PASUKAN
Setiap pasukan terdiri daripada lima orang peserta iaitu :
seorang pengerusi
tiga orang ahli panel
seorang peserta simpanan
PERINGKAT PERTANDINGAN
Peringkat 1 :
Pusingan awal yang dilaksanakan secara atas talian.
Tarikh : 25 hingga 27 September 2023
Peringkat 2 :
Pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir yang dilaksanakan secara bersemuka di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak.
Tarikh : 10 hingga 12 Oktober 2023
HAKIM PERTANDINGAN
Peringkat 1 : Pusingan awal
Tiga orang hakim yang akan dilantik oleh pihak penganjur.
Peringkat 2 : Pusingan suku akhir, separuh akhir
Tiga orang hakim yang akan dilantik oleh pihak penganjur di setiap bilik pertandingan.
Peringkat 2 : Pusingan akhir
Lima orang hakim yang akan dilantik oleh pihak penganjur.
PEMARKAHAN
Markah penuh bagi Pengerusi Forum adalah 45 markah dengan pecahan seperti yang berikut :
Memulakan perbincangan (05 markah)
Mengendalikan perbincangan (10 markah)
Menggulung perbincangan (05 markah)
Bahasa (25 markah)
Markah penuh bagi penyampaian Ahli Panel adalah 30 markah seperti yang berikut :
Adab dan Kesantunan (10 markah)
Gaya Perlakuan (10 markah)
Kelancaran tutur kata (10 markah)
Markah penuh tiga isi bagi setiap Ahli Panel sebanyak 15 markah yang mewakili aspek yang berikut :
Pernyataan isi : 2 markah x 3 isi
Huraian/penjelasan : 2 markah x 3 huraian isi
Contoh : 1 markah x 3 contoh
Markah penuh bagi bahasa Ahli Panel sebanyak 40 markah merangkumi empat aspek yang berikut :
Sebutan baku : (20 markah)
Tatabahasa : (10 markah)
Pertautan : ( 5 markah)
Diksi : (5 markah)
Markah bonus sebanyak tiga markah untuk menjawab soalan spontan hakim.
Ahli Panel mengulas soalan yang dikemukakan oleh Ketua Hakim.
Jawapan yang memuaskan daripada setiap ahli panel forum diberikan tiga markah.
maksimum satu markah untuk Pengerusi Forum.
Keputusan Hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan atau bantahan tidak akan dilayan.