Itik peking yang kami ternak adalah dari umur 03 hari ke 05 hari
Reban kami untuk anak itik peking ini adalah 3/4 kaki dari atas tanah yang mempunyai perudaraan yang bagus serta kepanasan lampu yang sesuai
Makanan yang digunakan adalah Dedak Stater Gold Coi 201P
Bekas air juga sentiasa berisi air secara manual bagi mengelakkan anak itik kepanasan
Reban ditutupi dengan plastik bagi mengekalkan kelembapan dan kepanasan untuk kesemua anak itik
Saiz keseluruhan reban ini adalah 42 kaki panjang x 12 kaki lebar dan 12 kaki tinggi
Kami mempunyai 4 bahagian yang mana boleh menempatkan sebanyak 250 untuk satu bahagian manakala 1000 ekor dalam satu-satu masa
Reban anak itik ini diselenggara setiap hari bagi memastikan keselamatan, makanan, minuman,pencahayaan serta pengudaraan yang baik serta sihat untuk semua anak itik
Dedak dari company Gold Coin (Starter) dibekalkan kepada anak itik selama 2 minggu sebelum proses turun ke tanah. Dedak ini diberi 3/2 kali sehari.
Setiap itik yang telah mencapai usia 2 minggu akan ditempatkan di reban kedua
reban ini berkeluasan 60 kaki panjang x 15 kaki lebar
juga boleh menempatkan 1000 ekor atau lebih dalam satu masa
Makanan untuk anak itik di reban kedua ini adalah Dedak Gold Coin 202P (Dedak Kasar)
Sumber air disediakan secara skala besar serta kolam mandi juga turut disediakan
Anak itik yang telah mencapai umur lebih dari 4 minggu akan dilepaskan ke kawasan terbuka
aktiviti pelepasan ini akan mengaktifkan lagi anak itik dalam proses pembesaran
Makanan itik di peringkat umur ini akan diberi dedak campuran seperti makanan berbentuk Karbohidrat, Bijian, Sayuran, Kalsium, Lemak dll
Air diberi dalam skala besar serta kolam yang besar turut disediakan
Jadual pemakanan masih sama iaitu 3x sehari pada waktu pagi, tghari dan lewat ptg
Tempoh matang itik ini adalah pada usia 2 bulan keatas
Proses jual beli akan berlaku pada usia itik ini mencecah berat 2.5kg - 3kg