Plan 150
Kad perubatan atau juga lebih popular disebut sebagai "medical card" adalah kad yang dikeluarkan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful yang membolehkan korang mendapatkan perkhidmatan perubatan tertentu, di hospital-hospital yang telah ditetapkan oleh pelan insurans yang diambil. Jenis perkhidmatan perubatan yang diterima adalah tertakluk kepada jenis liputan perlindungan polisi dipilih. Perkhidmatan juga di dapati tanpa perlu membuat bayaran tunai, selagi premium bagi pelan anda berterusan.
PERANCANGAN KEWANGAN yg tepat adalah perlu bagi MELINDUNGI KEWANGAN dan keluarga anda bagi menghadapi malapetaka yang tidak dapat dijangka oleh mana-mana individu di dunia ini. Justeru itu kita hanya mampu membuat persiapan dlm menangani isu tersebut sekiranya ditimpa musibah.
Kebiasaannya, syarikat insurans atau takaful akan menyediakan beberapa pelan polisi perlindungan perubatan yang berlainan dari segi liputan perlindungan seperti jumlah perlindungan, jumlah elaun hospital dan lain-lain. Ini pula akan menentukan harga (premium) bulanan yang perlu dibayar oleh kita. Syarikat insurans akan mengeluarkan kad perubatan bagi polisi perubatan yang dipilih yang boleh digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan di hospital.
KELEBIHAN MEMPUNYAI MEDIKAL KAD
Untuk dapat rawatan pembedahan hospital kerajaan, kita kena ikut giliran. Terpaksa ikut giliran sebab pesakit yang menunggu ramai. Tempoh menunggu tu berisiko samada penyakit kita semakin teruk atau silap haribulan kita mati dulu baru sampai giliran kita. SANGGUPKAH ANDA MENUNGGU GILIRAN? Adakah anda akan membiarkan saja ahli keluarga anda menanggung kesakitan sedangkan anda mempunyai alternatif lain utk mendapatkan rawatan dengan kadar segera? Kes begini memang berlaku. Kalau hospital swasta, kita dapat akses kepada doktor pakar lebih cepat dan rawatan yang pantas serta bilik rawatan yang selesa.