Apa Itu HIBAH
Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau manfaat, manakala mengikut istilah syarak, hibah merupakan satu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan. Pemilik harta bebas menghibahkan harta kepada sesiapa sahaja walaupun tiada pertalian darah dengannya. Malahan, orang bukan muslim juga layak menerima hibah.
KELEBIHAN HIBAH TAKAFUL
Saya nak share sedikit apakah kelebihan dan fungsi sebenar Hibah Takaful.
Penerima hibah merupakan memiliki sepenuhnya wang sijil. Ianya tidak boleh dicabar oleh waris-waris lain.
Penerima hibah tidak terhad kepada ahli keluarga. Pemengang sijil takaful boleh menamakan anak angkat, sahabat atau sesiapa sahaja sebagai penerima hibah.
Aliran tunai segera - wang sijil tidak termasuk sebahagian dari harta pusaka. Oleh itu , penerima hibah tidak perlu menunggu proses pembahagian harta pusaka yang lama.
Hibah bersyarat ini dilindungi oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
FUNGSI HIBAH TAKAFUL
Penggantian pendapatan
Penyelesaian hutang
Penerima hibah adalah mutlak
Dana pendidikan anak-anak