SELAMAT DATANG 

PORTAL EZYPPI PMM

PENGENALAN

Kerajaan berusaha membangunkan generasi pemimpin masa hadapan yang mampu melonjakkan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Seiring dengan matlamat ini, sistem pendidikan Malaysia dibangunkan untuk memastikan generasi muda Malaysia dapat berkembang secara holistik, mempunyai nilai-nilai murni, ilmu, dan kemahiran yang diperlukan untuk meraih kejayaan dalam dunia yang penuh dengan cabaran, persaingan yang kian berubah. Justeru, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (PPPM PT) telah dibangunkan dengan memberikan penekanan terhadap 10 lonjakan utama.


Lonjakan-lonjakan ini akan mendorong kecemerlangan berterusan dalam sistem pendidikan tinggi. Lonjakan ini juga menjelaskan kaedah menangani isu berkaitan prestasi utama sistem, terutamanya kualiti dan kecekapan serta pengaruh persekitaran global yang mencorakkan landskap pendidikan tinggi.


Salah satu daripada 10 lonjakan tersebut ialah Graduan TVET berkualiti. Dalam mengukur pencapaian lonjakan ini, sebanyak EMPAT (4) strategi telah dikenalpasti dan salah satu daripada strategi tersebut ialah “Kurikulum Berlandaskan Industri”. Dalam menjayakan strategi ini, penyedia TVET (politeknik) akan melibatkan industri dalam menambah baik program sedia ada dan menjadikannya lebih relevan. Antara aktiviti penambahbaikan ini ialah penglibatan pengamal industri dalam proses pengajaran & pembelajaran (PdP) melalui aktiviti Pensyarah Pelawat Industri (PPI). Pelaksanaan PPI ini membolehkan para pelajar memperolehi pengetahuan dan berkongsi pengalaman serta teknologi terkini secara terus dari pengamal industri samada di bilik kuliah atau di industri.