PENGENALAN
Politeknik dan Kolej Komuniti bertanggungjawab menyediakan dan mengemaskini semua dokumen berkaitan serta mengemukakan Laporan Aktiviti PPI dan seterusnya Laporan Pencapaian Pelaksanaan Aktiviti PPI. Laporan perlu disertakan dengan analisis dan cadangan tindakan penambahbaikan kualiti berterusan (CQI). Pelaporan ini melibatkan semua aspek laporan penilaian dan penambahbaikan berdasarkan Borang Refleksi Pelajar, Laporan Aktiviti PPI dan Laporan Pencapaian Pelaksanaan Aktiviti PPI. Laporan Pencapaian Aktiviti PPI ini adalah melibatkan data/maklumat selama SATU (1) tahun dan perlu dilengkapkan secara sukuan tahun.
MATLAMAT
Tujuan laporan aktiviti PPI dan penambahbaikan ini disediakan adalah bertujuan untuk memberikan panduan lengkap dan tersusun mengenai semua aspek penyediaan laporan aktiviti agar pensyarah dapat menghasilkan sebuah laporan yang berkualiti di samping mengurangkan kekeliruan berhubung isi kandungan laporan tersebut. Laporan ini juga dapat dijadikan panduan dan bimbingan oleh pensyarah kepada pelajar untuk memenuhi objektif dan hasil pembelajaran yang diperlukan.