VCOM@PBT
VCOM@PBT
Tarikh : 11 & 18 Mei 2023
Tempat : CSDL2
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Program Vcom@PoliBesut 2023 adalah program berbentuk Pertandingan Video Inovasi yang bertujuan mencungkil bakat serta kreativiti dikalangan pelajar Politeknik Besut Terengganu. Program ini akan berlangsung dalam 2 sesi, sesi pertama pada 11 Mei 2023, akan diadakan kursus penghasilan video dan sesi kedua akan berlangsung pada 18 Mei 2023 dengan penghasilan dan pembentangan video individu atau berkumpulan. Sebenarnya program ini adalah bermula dari awal sesi II 2022/2023 lagi dalam skop yang umum dimana pendedahan telah diberikan kepada pelajar tentang cara menghasilkan video samada video umum atau video berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di Politeknik Besut. Program ini juga adalah sebagai persediaan Politeknik Besut bagi menyertai pertandingan eDOLA ke-11 2023. Semua institusi wajib menghantar penyertaan kategori iPRO bagi menjayakan pertandingan eDOLA ke 11, 2023.