Pencapaian

PERTANDINGAN KECERIAAN 'KMM WORK STATION 2018'

JK EKSA telah melaksanakan Pertandingan Keceriaan “KMM Work Station” bagi tahun ke-3 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2016. Tempoh persediaan pertandingan ini bermula 08 Oktober 2018 dan berakhir pada 04 Januari 2019 manakala penilaian pertandingan tersebut diadakan pada 08 - 10 Januari 2019. Seramai 57 juri telah dilantik terdiri daripada pensyarah dan staf sokongan pelbagai gred.

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN SLOGAN EKSA

Bagi memastikan EKSA terus diamalkan di setiap zon, JK EKSA KMM telah melaksanakan pertandingan mencipta logo dan slogan EKSA untuk digunapakai oleh KMM sebagai bermulanya peralihan dari Amalan 5S kepada EKSA. Pertandingan ini telah mencungkil bakat dan kreativiti pensyarah/staf untuk menampilkan rekabentuk logo dan slogan yang menarik dan 'catchy'.

LAWATAN PENANDARASAN EKSA DARI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR DAN KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN JOHOR

Kolej Matrikulasi Melaka menerima kunjungan Pengurusan Tertinggi dan AJK Amalan 5S KMKJ pada 30 Julai 2018. Lawatan ini diketuai oleh Pengarah KMKJ iaitu Encik Zakaria bersama-sama Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Jabatan dan AJK 5S KMKJ. Dalam lawatan tersebut, pihak KMM telah berkongsi ilmu mengenai Pengurusan Fail dan Rekod yang mana KMM telah berjaya memperoleh penarafan 'Cemerlang' bagi Audit Inspektorat Fail dan Rekod Jabatan. Lanjutan daripada itu, turut diselitkan penyampaian taklimat ringkas berkaitan pelaksanaan EKSA di KMM yang disampaikan oleh En Hilmy bin Mohamed Najib selaku Penyelaras EKSA Kolej.

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN SLOGAN EKSA KMM

Kolej Matrikulasi Melaka telah menganjurkan satu pertandingan Mencipta Logo dan Slogan EKSA untuk warga KMM. Pertandingan ini telah berlangsung mulai 28 Mac - 27 April 2018. Pemenang dinilai berdasarkan kepada pematuhan kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan. Pengumuman pemenang akan dilaksanakan dalam Perhimpunan Pensyarah dan Staf pada awal bulan Ogos 2018 bersekali dengan Pelancaran Logo EKSA KMM dan perancangan aktiviti utama EKSA akan datang.

LAWATAN PENANDARASAN EKSA KE KOLEJ KOMUNITI SELANDAR

Kolej Matrikulasi Melaka telah mengadakan satu lawatan penandarasan ke Kolej Komuniti Selandar, Melaka pada 11 April 2018. Seramai 15 orang staf AKP telah mengikuti lawatan ini yang diadakan pada cuti semester. Pemilihan Kolej Komuniti Selandar sebagai destinasi lawatan penandarasan EKSA adalah disebabkan kolej berkenaan telah mendapat penarafan 'Cemerlang' oleh MAMPU di atas kejayaan pelaksanaan EKSA. Kunjungan KMM disambut oleh Timbalan Pengarah mewakili Pengarah KK Selandar dan taklimat EKSA disampaikan oleh Puan Suriyana binti Sulaji, selaku Penyelaras EKSA KK Selandar. Peserta lawatan telah dibawa melawat beberapa lokasi utama bagi membuktikan mereka telah melaksanakan EKSA dengan jayanya.

TAKLIMAT PENDEDAHAN DAN PENGENALAN EKSA

Jawatankuasa EKSA KMM telah menjemput fasilitator EKSA yang dilantik oleh MAMPU untuk menyampaikan taklimat berkaitan EKSA kepada AJK EKSA KMM. Seramai 35 orang peserta telah menghadiri taklimat ini yang diadakan pada 26 Februari 2018 bertempat di Bilik Bendahara KMM. Penceramah jemputan adalah Encik Hashim bin Borham dari Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia (Melaka). Taklimat ini sedikit sebanyak dapat membantu peserta yang merupakan AJK EKSA KMM yang merangkumi pelbagai Unit Akademik dan Sokongan.

LAWATAN PERKONGSIAN ILMU EKSA DARI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR (KMJ)

Kolej Matrikulasi Melaka menerima kunjungan Pengurusan Tertinggi dan AJK Amalan 5S KMJ pada 25 Januari 2018. Lawatan ini diketuai oleh Pengarah KMJ iaitu Pn. Nor Haslida binti Tahir bersama-sama Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Jabatan dan AJK 5S KMJ. Dalam lawatan tersebut, pihak KMM telah berkongsi ilmu dengan menyampaikan taklimat ringkas berkaitan pelaksanaan Amalan 5S di KMM. Pihak KMJ juga tidak ketinggalan berkongsi ilmu berkaitan 5S kepada pengurusan tertinggi KMM sebagai salah satu penambahbaikan amalan 5S di organisasi masing-masing.

PERTANDINGAN KECERIAAN 'KMM WORKSTATION 2017'

Dalam usaha membudayakan Amalan 5S secara berterusan di Kolej Matrikulasi Melaka, Jawatankuasa Amalan 5S telah berjaya menganjurkan Pertandingan Keceriaan “KMM Work Station 2017” yang dilaksanakan di setiap unit mengikut kategori di Kolej Matrikulasi Melaka. Persediaan pertandingan ini bemula 04 September - 15 Disember 2017 manakala penilaian pertandingan tersebut diadakan pada 18 Disember hingga 22 Disember 2017. Program ini telah dinilai oleh juri yang dilantik di kalangan pensyarah dan staf KMM.

BENGKEL PEMANTAPAN AMALAN 5S TAHUN 2015

Bengkel Pemantapan Amalan 5S merupakan usaha berterusan bagi melaksana dan membudayakan amalan 5S. Bengkel ini akan diadakan pada 16 – 18 November 2015 dan kumpulan sasaran adalah di kalangan semua staf sokongan Kolej Matrikulasi Melaka. Antara pengisian aktiviti yang akan dijalankan adalah Gotong-Royong Perdana di setiap zon yang ditetapkan.

OBJEKTIF

Adalah diharapkan menerusi Bengkel Pemantapan Amalan 5S ini akan dapat:

  • Mewujudkan suasana dan persekitaran kerja yang kondusif dan selesa.
  • Menyemai budaya sentiasa amal di kalangan warga kolej.
  • Usaha berterusan dalam melaksana budaya 5S di kalangan warga kolej.
  • Membentuk disiplin diri yang baik, semangat kerja berpasukan dan mewujudkan rasa selesa terhadap persekitaran tempat kerja.

TARIKH & MASA PELAKSANAAN

Bengkel ini diadakan pada 16 – 18 November 2015 bermula jam 8.00 pagi - 4.30 petang. Pemilihan tarikh adalah ianya dilaksanakan pada cuti semester pelajar.

SIAPA YANG TERLIBAT

Bengkel ini dihadiri oleh semua staf sokongan meliputi menghadiri taklimat amalan 5S dan taklimat pelaksanaan gotong-royong yang diadakan di Dewan Kuliah 1.

ZON YANG TERLIBAT

Pelaksanaan gotong-royong dibuat mengikut zon yang ditetapkan seperti berikut:

  • Zon 1 (Lokasi: 1A hingga 1H – Zon Pentadbiran)
  • Zon 4 (Lokasi 4B – Unit Data dan Maklumat)
  • Zon 5 (Lokasi: 5A – Perpustakaan)
  • Zon 6 (Lokasi: 6A hingga 6D – Makmal Sains)
  • Zon 7(Lokasi: 7A hingga 7B – Asrama Blok A)
  • Zon 8 (Lokasi 8A – Asrama Blok B)
  • Zon 9 (Lokasi: 9A hingga 9B – Asrama Blok C).

AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN

  • Mengecat ruang kerja zon pentadbiran.
  • Aktiviti sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal di ruang kerja (setiap unit)
  • Menceriakan sudut 5S Unit
  • Membersih dan mengemas ruang kerja unit
  • Membersih rak-rak buku di ruang bacaan
  • Mengecat pigeon hole dalam setiap bilik makmal (setiap aras)
  • Mengecat Bilik Latihan Jabatan Sains
  • Mengecat semula tanda arah laluan kecemasan yang rosak
  • Mengecat meja pelajar dan meja bilik persediaan Aras Kimia 1 dan 2
  • Mengecat semula garisan parkir motor dan kereta di kawasan makmal sains
  • Mengecat tanda arah laluan kecemasan di blok kediaman pelajar – 15 blok (Blok A, Blok B dan Blok C)
  • Mengecat 9 buah wakaf (pelajar) di Blok A, Blok B dan Blok C
  • Mengecat tiang susur gajah / pejalan kaki di blok kediaman pelajar
  • Membaiki lantai simen yang rosak di semua blok asrama

PERTANDINGAN KECERIAAN 'KMM WORKSTATION 2016'

Dalam usaha membudayakan Amalan 5S di Kolej Matrikulasi Melaka, Jawatankuasa Amalan 5S telah berjaya menganjurkan Pertandingan Keceriaan “KMM Work Station 2016” yang dilaksanakan di setiap unit mengikut kategori di Kolej Matrikulasi Melaka. Persediaan pertandingan ini bemula 23 Mei 2016 manakala penilaian pertandingan tersebut akan diadakan pada 31 Mei 2016 hingga 02 Jun 2016. Program ini telah dinilai oleh juri yang dilantik di kalangan pensyarah dan staf KMM.

LAWATAN PENANDARASAN 5S KE POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA

Seramai 5 orang pensyarah dan 10 orang staf dari Unit Pentadbiran, Unit Perpustakaan, Unit Teknologi Maklumat, Makmal Sains dan Asrama telah mengadakan lawatan penanda aras amalan 5S di Politeknik Merlimau, Melaka pada 11 Februari 2016 (Khamis). Lawatan ini juga turut disertai oleh AJK Teknologi Hijau, KMM yang bersama-sama menaiki bas Kolej ke Politeknik Merlimau di bawah seliaan En. Hairi bin Ibrahim