PORTAL EKSA KMM

KEPUTUSAN PERTANDINGAN REKA CIPTA DESKTOP WALLPAPER EKSA 2022

JOHAN (HADIAH WANG TUNAI RM100.00)

Pn Nur Fadhilah Yanti binti Abdul Manaf (Unit Matematik)

NAIB JOHAN (HADIAH WANG TUNAI RM70.00)

Pn Zakiah binti Md. Ali (Unit Pendidikan Islam/Moral)

TEMPAT KE-3 (HADIAH WANG TUNAI RM50.00)

Pn Norhasmiza binti Hamzah (Unit Perpustakaan)

SAGUHATI (HADIAH WANG TUNAI RM30.00)

Pn Chua Yee Jia (Unit Matematik)

SAGUHATI (HADIAH WANG TUNAI RM30.00)

Cik Zatul Iradah binti Abd Samad (Unit Sains Komputer)

TAKLIMAT EKSA KEPADA PEMBEKAL LUAR DI KMM (KAFETARIA/KESELAMATAN/KEBERSIHAN/OASISWA)

KEPUTUSAN PERTANDINGAN INTERZON EKSA (ZON, SUDUT EKSA & SUDUT GO GREEN) TERBAIK 2019

Kategori Zon EKSA Terbaik

1. Zon Onyx (Unit Fizik)

2. Zon Aquamarine (Unit Biologi)

3. Zon Turquoise (Unit Makmal)

Kategori Sudut EKSA Terbaik

1. Aquamarine (Unit Biologi)

2. Zon Zircon (Unit ICT)

3. Zon Ruby (Unit Pentadbiran)

Kategori Sudut Go Green Terbaik

1. Zon Turqouise (Unit Makmal)

2. Zon Aquamarine (Unit Biologi)

3. Zon Jasper (Unit Pendidikan Islam)

Johan Keseluruhan

(Zon Terbaik)

(Sudut EKSA Terbaik)

(Sudut Go Green Terbaik)

1. Zon Aquamarine (Unit Biologi)

Tempat ke-2

Johan

Tempat ke-2

KOLEJ MATRIKULASI KE ARAH PELAKSANAAN EKSA

Jawatankuasa EKSA KMM sedang berusaha untuk melaksanakan EKSA di setiap zon. Penglibatan warga KMM amatlah diperlukan bagi merealisasikan pelaksanaan EKSA dan sekaligus menerima pengiktirafan melalui Persijilan EKSA oleh MAMPU. Ke arah ini, JK EKSA telah merombak struktur organisasi bagi memastikan setiap ahli mempunyai peranan dan amanah yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan persijilan EKSA.

MAKNA SETIAP PERKATAAN:

Perkataan EKSA merupakan singkatan perkataan bagi `EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM’. Perkataan ‘EKSA’ berwarna MERAH membawa maksud yang tersendiri iaitu lambang keberanian dan semangat yang ditunjukkan warga KMM dalam melaksanakan EKSA. Perkataan ‘KOLEJ MATRIKULASI MELAKA’ yang berwarna HITAM menunjukkan imej korporat yang akan ditonjolkan dalam program EKSA ini.

MAKNA SLOGAN:

KONDUSIF : HIJAU adalah warna semulajadi yang memberikan kesegaran, keamanan, keharmonian dan seterusnya menjadikan persekitaran KMM lebih kondusif.

KORPORAT : BIRU menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan seluruh warga KMM dalam menjalankan tugas secara professional dan menunjukkan imej korporat KMM.

KREATIF : JINGGA adalah warna yang dipercayai dapat meningkatkan kreativiti warga KMM.

MAKNA SETIAP LOGO:

 1. Simbol 5 TANGAN MEMEGANG TANGAN di tengah-tengah logo bermaksud kerjasama atau ‘teamwork’ , keikhlasan dan kesediaan untuk membantu yang wujud dalam organisasi KMM dalam pelaksanaan EKSA. Warna biru, jingga, hijau dan kuning menunjukkan kerjasama diantara semua warga KMM tidak kira bangsa, agama dan warna kulit bagi mejayakan EKSA.

2. Simbol 2 TANGAN YANG MENYAMBUT mewakili pihak pengurusan KMM (Pengarah, Timbalan Pengarah dan Ketua Jabatan) menyokong penuh pelaksanaan EKSA. Warna biru pada tangan menunjukkan imej korporat yang akan ditampilkan semasa pelaksaan EKSA bermula dari pihak atasan KMM. 

3. Simbol RUMAH DAN DEDAUN DI KIRI DAN KANAN bermaksud kewujudan ekosistem dan suasana yang kondusif di KMM. KMM 'Go Green' akan dilaksanakan.

4. LATAR BELAKANG berwarna PUTIH menunjukkan bahawa unsur tenaga yang ikhlas akan dibangkitkan ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan ‘Go Green’.