Panduan EKSA
Ruang / Bilik Gunasama
Ruang / Bilik Gunasama
Semua Lokasi mempunyai Penyelia Lokasi (PIC) yang dilantik oleh Ketua Zon, dan didaftarkan sama dengan KEW.PA-7.
Senarai Tugas Penyelia Lokasi (PIC)
Memastikan lokasi bersih, kemas, teratur, semua peralatan berfungsi dengan baik dari masa ke semasa.
Memastikan aset dalam lokasi adalah sama seperti rekod aset (kew-pa 7).
Melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan kelengkapan dalam lokasi kepada Penyelaras aset di unit/jabatan, atau mengisi aduan kerosakan melalui e- selenggara di laman rasmi.
Memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti gotong-royong EKSA.
Memastikan keperluan dalam lokasi dikemaskini mengikut keseragaman EKSA PTSB.
Keperluan dalam LOKASI:
1. Tagging PIC (Luar Pintu)
2. Memaparkan KEW.PA-7 (Tarikh terkini : Tahun 2023)
3. Memaparkan Polisi Keselamatan (Sudut OSH Unit / Jabatan)
4. Alat Pemadam Api (jika ada, pastikan dipamerkan SOP Penggunaan)
5. Pelan Lantai Lampu (jika suis melebihi 2)
6. First Aid Kit (Jika ada)
7. Pelan Tindakan Kecemasan
8. Sudut Peralatan Gunasama (Jika ada)
Tagging PIC dicetak pada kertas putih.
Dipamerkan di luar bilik.
Maklumlat perlu lengkap, bersama gambar & no telefon (no.samb pejabat / telefon bimbit).
KEW.PA-7
Format Terkini (berlogo & bar code)
Tarikh terkini (tahun 2023 - 2024)
Lengkap dengan tandatangan.
Letakkan dalam Folder/Plastik Lutsinar. Jangan tampal terus ke dinding.
Pastikan Tandatangan
Pengarah Terkini.
Tampalkan Tatacara Alat Pemadam Api (SOP) di bahagian tepi Alat Pemadam Api.
Kriteria Audit EKSA : Komponen D
Memastikan alat pemadam api menepati kriteria:
i. Penyelengaraan secara berkala (tidak expired)
ii. Mempunyai Tatacara Penggunaan
iii.Berkeadaan bersih
iv. Diletakkan di tempat sesuai & mudah dicapai
Sediakan Pelan Lantai Lampu (Jika melebihi 2 suis).
Tagging "Jimat Elektrik".
Sediakan Log Pemantauan Berkala (Boleh rujuk & tandatangan MA, PTSB).
Pastikan bahan tidak expired.
Tidak dibekalkan ubat (makan).
Pastikan peti bersih dan tidak rosak.
Kriteria Audit EKSA : Komponen D
Menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan : -
Pelan laluan kecemasan dan tempat berkumpul.
Tanda arah laluan kecemasan.
(Tampal di Tepi Pintu Masuk Utama / Dinding (Mudah Dilihat)
Sekiranya lokasi seliaan mempunyai
Pintu Kecemasan/Pintu Rintangan Api: -
Kriteria Audit EKSA : Komponen D
Memastikan pintu rintangan api sentiasa ditutup.
Memaparkan tanda arah KELUAR dengan jelas.
(Jika lampu tidak menyala, sila isi e-penyelenggaraan)
Memastikan tiada halangan di laluan/tangga/pintu
kecemasan.
Contoh Pintu Rintangan Api:
(Mempunyai No. Siri di pepenjuru atas pintu)
QR MySejahtera perlu ditanggalkan
Tanda arah/pelekat perlu ditanggalkan
Melaporkan sebarang kerosakan dengan mengisi aduan kerosakan melalui e- selenggara di laman rasmi.
Melaporkan kehilangan kelengkapan dalam lokasi kepada Penyelaras aset di unit/jabatan.