Panduan EKSA
Makmal/Bengkel/ Bilik Kuliah
Makmal/Bengkel/ Bilik Kuliah
KESERAGAMAN DI MAKMAL/BENGKEL PTSB
Mengikut SKOP PENSIJILAN ISO45001:2018
Skop Pensijilan ISO 45001:2018 untuk Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) adalah bertujuan untuk menerangkan kerangka utama pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Skop pensijilan ISO 45001:2018 untuk pengajaran dan pembelajaran telah diperluaskan di makmal - makmal dan bengkel – bengkel di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Awam di PTSB.
Keperluan di Pintu (Bahagian luar):
Nama & Kod Bilik
Tagging PIC
Jadual Waktu
Keperluan di Pintu (Bahagian Dalam) :
*Tampal pada Pintu / dinding berdekatan pintu (Mudah dilihat)
Pelan Tindakan Kecemasan Kebakaran
Tagging PIC dicetak pada kertas putih.
Dipamerkan di luar bilik.
Maklumlat perlu lengkap, bersama gambar & no telefon (no.samb pejabat / telefon bimbit).
Keperluan dalam bilik Kuliah / Bengkel / Makmal :
1. KEW.PA-7 (Tarikh terkini : Tahun 2023)
2. OSH Corner (Bengkel & Makmal sahaja)
3. SOP Alat Pemadam Api / Hos (jika ada)
4. Pelan Lantai Lampu (Perlu jika melebihi 2 suis)
5. First Aid Kit (jika ada)
6. Lampu / Tagging "KELUAR"
7. Lain-lain Perlabelan
(Safety First & Laluan Kecemasan)
Dilampirkan checklist Gotong-royong. (Boleh ubahsuai mengikut keperluan Makmal/Bengkel masing-masing)
Amalan Susunan Bahan Papan Notis Dalam Bilik Kuliah
KEW.PA-7
Format Terkini (berlogo & bar code)
Tarikh terkini (tahun 2023 - 2024)
Lengkap dengan tandatangan.
Letakkan dalam Folder/Plastik Lutsinar. Jangan tampal terus ke dinding.
Tampalkan Tatacara Alat Pemadam Api (SOP) di bahagian tepi Alat Pemadam Api.
Kriteria Audit EKSA : Komponen D
Memastikan alat pemadam api menepati kriteria:
i. Penyelengaraan secara berkala (tidak expired)
ii. Mempunyai Tatacara Penggunaan
iii.Berkeadaan bersih
iv. Diletakkan di tempat sesuai & mudah dicapai
Sediakan Pelan Lantai Lampu (Jika melebihi 2 suis).
Tagging "Jimat Elektrik".
Sediakan & Kemaskini Log Pemantauan Berkala.
Pastikan bahan tidak expired.
Tidak dibekalkan ubat (makan).
Pastikan peti bersih dan tidak rosak.
Sekiranya lokasi seliaan mempunyai
Pintu Kecemasan/Pintu Rintangan Api: -
Kriteria Audit EKSA : Komponen D
Memastikan pintu rintangan api sentiasa ditutup.
Memaparkan tanda arah KELUAR dengan jelas.
(Jika lampu tidak menyala, sila isi e-penyelenggaraan)
Memastikan tiada halangan di laluan/tangga/pintu
kecemasan.
Contoh Pintu Rintangan Api:
(Mempunyai No. Siri di pepenjuru atas pintu)
QR MySejahtera perlu ditanggalkan
Tanda arah/pelekat perlu ditanggalkan
Melaporkan sebarang kerosakan dengan mengisi aduan kerosakan melalui e- selenggara di laman rasmi.
Melaporkan kehilangan kelengkapan dalam lokasi kepada Penyelaras aset di unit/jabatan.