Nyamuk Aedes terbahagi kepada dua jenis iaitu albopictus dan aegypti.
Albopictus- Hitam dengan garisan putih tunggal di tengah toraks
Aegypti- Hitam dengan tanda putih berbentuk lira (harp shape) di toraks
Bagi nyamuk Aedes albopictus, hidup di luar rumah (persekitaran semulajadi) manakala bagi nyamuk Aedes Aegypti ia hidup di dalam rumah.
Mampu terbang sampai 100 meter
Nyamuk betina aktif menggigit (menghisap) darah pada waktu pagi sampai waktu petang. Nyamuk jantan biasanya menghisap nektar (bunga).
bagi nyamuk Aedes aegypti rata-rata umur adalah 2 minggu, tetapi sebahagian diantaranya dapat hidup 2-3 bulan.
NYAMUK AEDES AEGYPTI
NYAMUK AEDES ALBOPICTUS
1.Telur - Nyamuk betina akan bertelur di permukaan air yang tenang atau bertakung, seperti di bekas, tayar terpakai, pasu bunga, dan longkang tersumbat.
Telur biasanya diletakkan secara berkelompok (egg raft) dan akan menetas dalam masa 1–2 hari apabila terkena air.Telur ini sangat kecil dan berwarna hitam atau kelabu gelap.
2. Larva - Selepas menetas, telur akan menjadi jentik-jentik (larva).Larva hidup di dalam air dan bergerak aktif dengan menggeliat ke atas dan ke bawah untuk bernafas menggunakan tiub pernafasan (siphon).
Larva akan melalui empat peringkat pertumbuhan (instar) sebelum berubah menjadi pupa. Ia memakan mikroorganisma dan bahan organik dalam air.
3. Pupa - Peringkat pupa merupakan fasa peralihan antara larva dan nyamuk dewasa.
Pupa tidak makan, tetapi aktif bergerak apabila air diganggu. Dalam tempoh 1–2 hari, perubahan besar berlaku di dalam badan pupa sebelum menjadi nyamuk dewasa.
4. Nyamuk Dewasa - Setelah keluar dari pupa, nyamuk dewasa akan berehat di permukaan air selama beberapa saat untuk mengeringkan sayapnya sebelum mula terbang.
Nyamuk jantan biasanya memakan nektar bunga, manakala nyamuk betina menghisap darah untuk mendapatkan protein bagi perkembangan telur.
Nyamuk dewasa akan teruskan kitaran ini dengan bertelur semula, biasanya di kawasan yang mempunyai air bertakung.