Pemilihan lakoliti kami telah memilih lokasi di Bandar Rawang sebagai lokasi untuk menjalankan projek yang akan kami lakukan.
Punca utama kami memilih tempat ini adalah kerana bandar Rawang mempunyai jumlah penduduk yang ramai, sekali gus menjadikannya lokasi yang strategik dan berpotensi tinggi untuk menjalankan projek ini. Selain itu, kepadatan penduduk yang tinggi turut memudahkan proses pengumpulan data serta memastikan keberkesanan pelaksanaan projek dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Menjadi kumpulan pengawasan komuniti yang unggul dalam membanteras pembiakan aedes ke arah mewujudkan persekitaran yang sihat, selamat dan bebas denggi.
Melaksanakan tindakan pengesanan dan pencegahan secara sistematik untuk membasmi ancaman aedes.
Menjadi barisan hadapan dalam pengawasan kesihatan awam yang proaktif, responsif dan berkesan.