Talian sistem e-Inspek boleh dicapai dengan menaip URL https://sites.google.com/view/e-inspek/home
Klik imej di atas untuk menjawab kriteria inspektorat di dalam sistem e-Inspek.
Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) hendaklah log masuk menggunakan emel yang telah didaftarkan kepada Seksyen Rekod JKSM untuk menjawab soalan mengikut bahagian di dalam sistem e-Inspek.
Terdapat lima (5) bahagian soalan iaitu Bahagian A, B, C, D dan E. Setiap bahagian soalan memerlukan dokumen bukti dimuatnaik kecuali soalan Bahagian E. Oleh itu pastikan semua dokumen telah disediakan dengan sempurna dan dinamakan sebagaimana panduan penggunaan.
Setelah semua soalan selesai dijawab, PRJ akan menerima emel pengesahan dan laporan maklumbalas penilaian.