e-Inspek merupakan Proses Do It Yourself (DIY) penilaian pengurusan rekod yang diwujudkan untuk melaksanakan Pra-Penilaian bagi Program Inspektorat Pengurusan Rekod di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Mahkamah Syariah Negeri (JKSN/MSN) di seluruh Malaysia.
Sistem e-Inspek dibina dan disediakan oleh Seksyen Rekod, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod JKSM yang boleh diakses oleh semua lokasi Mahkamah Tinggi Syariah (MTS) dan Mahkamah Rendah Syariah (MRS) di seluruh negara.
Melalui sistem ini, JKSN/MSN boleh menjawab sendiri soalan-soalan berkenaan tahap kepatuhan prosedur pengurusan rekod yang diamalkan di lokasi masing-masing.
1. Cetak kriteria soalan inspektorat. Muat turun di sini.
2. Pastikan soalan yang memerlukan pembuktian secara softcopy disertakan.
3. Sediakan folder khas (ring file) untuk memudahkan penyusunan salinan hardcopy bukti-bukti yang disusun mengikut soalan dan jawapan.
4. Simpan folder khas tersebut untuk tujuan semakan pasukan inspektorat yang akan hadir ke lokasi anda.
5. Pengurusan atasan dikehendaki menyediakan kemudahan capaian akses internet bagi semua lokasi yang terlibat.
6. Bantuan teknikal dari unit ICT negeri masing-masing mungkin diperlukan untuk tujuan mengimbas bukti dari dokumen dan menukar format kepada Portable Document Format (pdf). Jika dokumen pdf tersebut terlalu besar (tidak melebihi 10MB bagi setiap soalan), hendaklah dimampatkan (compress) menggunakan format .zip. Sekiranya saiz dokumen melebihi 10MB bagi sesuatu soalan, sila lampirkan dokumen tersebut melalui emel ke seksyenrekod@gmail.com
7. Bagi lokasi yang tiada mesin pengimbas (scanner), bolehlah menggunakan aplikasi camscanner atau aplikasi lain yang sama fungsinya melalui telefon pintar masing masing.
8. Pastikan lampiran dokumen yang diimbas dinamakan menggunakan format kod mahkamah, bahagian, nombor soalan dan tahun seperti berikut:-
Contoh:
(a) MTS Selangor Bahagian A Soalan 3 = “10-A3-2018.pdf”
(b) MRS Daerah Shah Alam Bahagian B soalan 7 = "Shahalam-10-B7-2018.pdf" atau "Shahalam-10-B7-2018.zip"
**sekiranya lampiran tidak mengikut format yang ditetapkan, sistem menganggap tiada lampiran disertakan.