Pensyarah:
Puan Norita binti Abd Aziz
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat yang dikurniakanNya kerana kami sekumpulan dapat menyiapkan tugasan E-Folio bagi kod kursus Sains Teknologi & Kejuruteraan dalam Islam ( MPU23182 ) ini dengan jayanya. Banyak ilmu yang kami dapat huraikan sepanjang kami mencari maklumat berkenaan dengan tugasan yang diberi kepada kami yang bertajuk Pemotongan Usus Sebagai Kaedah Mengurangkan Berat Badan Menurut Perspektif Islam. Disini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah khusus, Puan Norita binti Abd Aziz kerana telah memberikan tugasan ini kepada kami. Dengan bantuan beliau yang memberi tunjuk ajar kepada kami dan tugasan yang diberikan dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.
Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan sekumpulan yang turut berjuang dalam menjayakan tugasan yang diberi dengan sebaik mungkin.
Ringkasan daripada tugasan kami iaitu pemotongan usus sebagai kaedah mengurangkan berat badan menurut perspektif Islam telah banyak memberi pengetahuan terhadap kami. Perbincangan mengenai pemotongan usus sebagai kaedah mengurangkan berat badan perlu diteliti dari sudut hukum Islam, tujuan pelaksanaannya, serta implikasi terhadap kesihatan dan kehidupan pesakit secara keseluruhan.