4.1 Ad-Dharar Yuzal (kemudaratan mesti dihilangkan)
Bermaksud 'kemudharatan itu harus dihilangkan'. Sesuatu yang mudarat yang terjadi atau perkara yang mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan. Kaedah ini membawa maksud bahawa sebarang bentuk kemudaratan atau bahaya yang menimpa seseorang individu atau masyarakat wajib dihapuskan atau dielakkan, sama ada melalui tindakan pencegahan, rawatan, atau penggubalan undang-undang dan peraturan.
4.2 Ad-Dharurat Tubih al- Mahzurat (darurat membolehkan larangan)
Bermaksud 'darurat membolehkan perkara yang dilarang'. Prinsip ini digunakan apabila seseorang menghadapi situasi darurat yang mengancam nyawa atau menyebabkan kemudaratan serius. Dalam keadaan ini, perkara yang pada asalnya haram boleh jadi harus, dengan syarat:
tiada alternatif lain yang halal atau dibenarkan
tujuan utama adalah untuk mencegah kemudaratan yang lebih besar
penggunaan terbatas kepada kadar yang diperlukan sahaja
4.3 Al- Hajah Tunazzalu Manzilat ad-Darurah
Maksud kaedah ini ialah sesuatu yang bersifat keperluan (al-hajah) mengambil hukum darurat yang mengubah hukum asal sesuatu perbuatan. Kaedah ni maksudnya bila ada keperluan penting, walaupun tak sampai tahap darurat , syarak masih benarkan kelonggaran hukum. Selagi benda tu penting dan ada keperluan sebenar, boleh dapat rukhsah (keringanan), sama macam keadaan darurat.
4.4 La Darar Wa La Dirar (tiada kemudaratan dan tidak memudaratkan)
Bermaksud tidak boleh memudaratkan diri sendiri dan tidak boleh memudaratkan orang lain. Dalam Islam, apa-apa tindakan yang boleh bawa bahaya, kerugian, atau kesan buruk – sama ada pada diri sendiri atau orang lain – adalah dilarang.