MAKSUD PERPADUAN

Dari segi bahasa, perkataan 'perpaduan' ini asalnya dari perkataan 'padu' iaitu 'mampat', 'pejal' dan 'padat'. Maka perkataan perpaduan membawa maksud 'penggabungan'. Selain itu, secara definisinya pula, perpaduan merupakan satu keadaan rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Jadi daripada penggabungan dua definisi di atas, kita boleh simpulkan bahawa perpaduan merupakan satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat supaya setiap anggota masyarakat  dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta akan tanah air.