Secara tuntasnya , kebudayaan memainkan peranan yang amat penting sebagai platfom untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum . Melalui penghayatan dan penglibatan dalam aktiviti kebudayaan , masyarakat dapat saling memahami , menghormati , dan menerima perbezaan antara satu sama lain . Oleh itu , semua pihak termasuk kerajaan , institusi pendidikan , dan masyarakat umum perlu berganding bahu dalam usaha mengekalkan dan memartabatkan warisan budaya agar keharmonian dan perpaduan nasional dapat terus dikekalkan.