Allah SWT sebagai Tuhan Maha Agung yang menciptakan seluruh alam ini sesungguhnya mempunyai segala sifat-sifat yang hak kepadaNya. Segala sifat-sifat Allah itu tidak mungkin kita sebagai makhluk yang terbatas pemikirannya dapat megetahui kesemua sifat-sifat Allah itu. Namun kita dapat mengetahui sebahagian nama-nama Allah tersebut melalui 99 Asma Ul Husna.
Dengan mengetahui sebahagian sifat-sifat Allah SWT ini, kita dapat mengenal Allah SWT, pencipta kita dan segala alam ini. Dan ini adalah sesuatu yang amat berharga bagi kita sebagai seorang hambaNya di dunia ini.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Allah berfirman:
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي
Aku berada pada persangkaan hamba Ku kepada Ku.
[Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tauhid, Hadis No: 7505]
Apabila kita mengetahui sifat-sifat Allah SWT ini, kita seharusnya mempunyai semua sangkaan yang benar dan hak terhadap Allah. InI sesungguhnya termasuk akan keberadaan kita semua pada setiap masa di dunia ini, dan juga bagaimana kita meminta sesuatu kepadaNya, menyatakan keyakinan kita kepadaNya, mengharapkan keampunan, menerima taubat-taubat kita dan dikurniakan segala kebaikan daripadaNya.
Berikut merupakan 99 nama Allah SWT beserta bacaan rumi dan makna nama-nama tersebut. Diharapakan ini dapat membantu kita memahami kekuasaan dan sifat-sifat Allah SWT.
Berminat untuk mendapatkan Kad Zikir Asma Ul Husna DiZ ini?
Atau mahu hanya berikan pandangan & cadangan penambahbaikan Kad Zikir DiZ.
Boleh isi Google Form ini untuk maklumbalas & maklumat lanjut.