Sollu' Alan Nabi.
Jom Selawat Jom!!!
Apa itu Selawat?
Selawat ditakrifkan sebagai "Doa kesejahteraan ke atas Nabi" oleh Kamus Dewan Edisi Keempat. Contoh Selawat ringkas:
Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad
Makna: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Hadis An-Nasae’i: 1292
Ibadah Selawat ini amatlah digalakkan dan dituntut untuk diamalkan oleh seluruh umat Islam. Melalui ibadah ini, kita mendoakan kesejahteraan ke atas nabi-nabi kita iaitu utusan-utusan Allah kepada umat manusia khususnya Nabi Muhammad SAW yang telah diutuskan kepada kita umat akhir zaman ini.
Kelebihan Berselawat.
Ibadah Selawat ini mempunyai ganjaran dan pahala yang besar dijanjikan oleh Allah SWT. "Selawat" juga mempunyai banyak khasiat dan kelebihan bagi yang mengamalkannya. Antara kelebihan-kelebihan yang mahsyur adalah:-
Sebagai penghapus dosa
Sebagai penawar kepada penyakit.
Sebagai usaha kita mendapatkan syafaat baginda di akhirat nanti.
Sebagai satu saranan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
Banyak lagi ganjaran yang mungkin diketahui malahan mungkin lebih banyak lagi ganjaran yang kita takkan ketahui, namun ganjaran itu pasti seperti yang dijanjikan Allah SWT beserta ianya adalah satu doa dan salam kita terhadap baginda Nabi Muhammad SAW tercinta yang telah membawa kita hadiah yang paling besar iaitu agama Islam.
Cukuplah kita mengetahui bahawa ibadah Selawat ini merupakan satu amalan yang agung dan sangat besar ganjarannya di sisi Allah SWT sehinggakan Allah SWT beserta seluruh para malaikat juga memberikan Selawat kepada baginda Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT:
ۚ إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ٥٦
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Surah al-Ahzab 33 : Ayat 56
Berminat untuk mendapatkan Kad Zikir Selawat DiZ ini?
Atau mahu hanya berikan pandangan & cadangan penambahbaikan Kad Zikir DiZ.
Boleh isi Google Form ini untuk maklumbalas & maklumat lanjut.