Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Bidang pertanian merupakan salah satu bidang yang diberikan perhatian oleh pihak kerajaan. Terdapat beberapa amalan pertanian yang dijalankan bagi menyokong bidang ini supaya ia berkembang dengan maju bagi memenuhi keperluan dalam negara dan eksport.
Nyatakan amalan-amalan pertanian yang terdapat di Malaysia.
Organisma memainkan peranan yang sangat penting dalam aktiviti pertanian. Terdapat organisma yang membawa kesan manfaat dan kesan bahaya kepada tumbuh-tumbuhan. Kesan manfaat akan membantu pertumbuhan dan kesan bahaya akan menyebabkan tumbuhan berpenyakit. Jelaskan peranan organisma dalam membantu pertumbuhan tanaman.
Kongsikan dapatan anda dalam kumpulan yang ditetapkan pada ruang Padlet yang disediakan: