Pembiakan tanaman melalui kaedah TUT atau 'Marcotting' merupakan aktiviti pembiakan tanaman yang lazim dilakukan. Apa yang lebih penting adalah benih tanaman hasil mengetut ini juga akan memiliki sifat yang sama dengan pokok induknya dari aspek ketulinan dan marfologinya. Pokok yang ditanam hasil tut selalunya lebih cepat matang dan mengeluarkan hasil. Aktiviti mengetut adalah kaedah pembiakan tanaman yang paling mudah dan senang dilakukan dengan syarat mereka ada pengalaman dan kemahiran untuk melakukannya.
Rajah di sebelah menunjukkan teknik pembiakan tanaman secara tut. Anda dikehendaki mencari maklumat lanjut bagaimana kaedah tersebut boleh mengeluarkan akar pada bahagian pokok yang ditut. Kongsikan hasil dapatan anda dalam Google Docs yang disediakan: